Dikurung 26 tahun! Tak mandi 12 tahun! Baunya?? Anda rasa?

Published by
KitaReporters

PELIK tapi benar... Percaya atau tidak apabila dilaporkan ada seorang wanita Rusia tidak pernah keluar rumah selama 26 tahun hanya kerana mematuhi larangan ibunya yang mahu melindunginya daripada bahaya dunia luar? - KitaReporters

Gambar kredit 'By the Way' petikan dari Odittycentral.


Sejak berusia 16 tahun, wanita berkenaan, Nadezhda Bushueva yang kini sudah berusia 42 tahun bukan sahaja tidak pernah keluar dari rumah tetapi tidak pernah membasuh rambutnya selama 12 tahun dan tidak juga bertukar pakaian. 

Barangkali dia juga tidak mandilah kan?

Bayangkan bagaimana keadaan dan baunya jika anda mendekatinya? Nauzubillah!

Kisah kehidupannya hanya terbongkar apabila ibunya, Tatyana Bushueva, jatuh sakit dan perlu mendapat rawatan di hospital.  

Hendak tak nak, Nadezhda terpaksa keluar rumah untuk membawa ibunya itu ke hospital dan itu jugalah kali pertama dia melangkah ke dunia luar.

Memetik laporan Odditycentral dari sebuah media Rusia, para jiran yang tinggal berhampiran rumah mereka di sebuah perkampungan Arefinsky, Barat Rusia melaporkan Tatyana amat mengambil berat terhadap keselamatan anaknya sehingga melarang anaknya itu bergaul dengan orang ramai.

Kerana bimbang dengan bahaya yang mungkin menimpa si anak, Tatyana mengurungnya di rumah dan melarang dia ke sekolah sekali pun sudah berada dalam kelas gred 8.

Dia juga tidak peduli dengan nasihat jiran malah menolak sesiapa sahaja yang cuba masuk campur dengan urusannya.

Sehubungan itu, tidak ada yang tahu dengan tepat bagaimana Tatyana boleh membuatkan anak perempuannya menerima gaya hidup terpencil begitu, waima wanita itu dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan perintah ibunya.

Jiran tetangga pun dah malas nak ambil tahu sehinggalah keadaan menjadi tidak terkawal apabila Tatyana bersara dan sakit.

Dan buat pertama kalinya selepas 26 tahun, kelibat Nadezhda dapat dilihat apabila dia keluar untuk membawa ibunya itu ke hospital.

Jiran tetangga yang melihat terkejut dengan penampilannya yang tidak terurus dan kelihatan seperti tidak pernah mandi.


Selepas penduduk membawanya bertemu ketua majlis tempatan, Vasily Tovarnov, barulah Nadezhda mendedahkan bahawa tidak tidak pernah mencuci rambutnya selama 12 tahun, tidak pernah menukar pakaian malah bertahun-tahun hidup dengan makanan kucing.

Lebih mengejutkan lagi ibu dan anak berkongsi katil sama dengan kucing-kucing peliharaan sama ada yang masih hidup atau pun yang dah mati.

“Apa bezanya jika ada bangkai kucing atas sofa sekali pun. Mungkin saya pun akan mati atas sofa. 

"Hidup saya lebih teruk daripada kucing. Kucing ada juga hak kelebihannya tetapi saya seperti orang mati berjalan,” Nadezhda dilaporkan berkata.

Pun begitu, dia menolak sebarang bantuan untuk mengubah penampilannya kerana rasa sudah terbiasa dengan kehidupannya sekarang.

Menurut. Larisa Mikheeva, Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Sosial daerah Vachsky, Nadezhda tidak boleh dipaksa menjalani pemulihan apatah lagi dia sendiri menolaknya.

"Dia bukannya cacat atau pun mempunyai penyakit mental. Dia dewasa, dia tinggal bersama ibunya dan terbiasa dengan gaya hidup ini,” kata Mikheeva. 

Menurut Mikheeva, walaupun pihak berkuasa tempatan terus mendakwa bahawa Nadezhda Bushueva tidak menderita masalah mental namun kesnya boleh diperdebatkan.

“Sekurang-kurangnya mereka harus mempertimbangkan keadaannya selama dua setengah dekad terakhir dan keadaan dia berada ketika ditemui,” ulas Mikheeva.

Kredit foto: thesun.co.uk


Pun begitu, dilaporkan Nadezhda menolak bantuan pekerja sosial untuk membersihkan rumahnya sebelum kepulangan ibunya dari hospital.

“Agak sukar untuk menolong orang yang pada dasarnya dicatatkan sihat dalam dokumen, jika mereka tidak mahu mengubah apa-apa,” komen seorang pekerja sosial.

Kisah kehidupan Nadezhda Bushueva yang mengejutkan ini menjadi viral dalam media sosial setelah ceritanya ditayangkan di sebuah rancangan televisyen Rusia ‘By the Way’ pada minggu lalu.

Mungkinkah kepulangan ibunya nanti akan mengubah hati Nadezhda untuk menitikberatkan kebersihan diri dan persekitaran demi kesihatan ibunya atau terus dengan gaya hidupnya seperti sekarang dengan rambut gumpal dan pakaian lusuh?

Atau Nadezhda dan ibunya ibarat peribahasa ‘alah bisa, tegal biasa’? Dah imun kata orang. - KitaReporters.



5
1
4
0
0

Copy Link: