Berita Terkini| Tragedi dipanah petir! Seorang nelayan selamat! Seorang lagi hilang di laut!
Published byLokasi kejadian seorang nelayan hilang selepas dipanah petir dan seorang lagi terselamat. Kredit foto: JBPM
SEORANG nelayan terselamat manakala rakannya masih hilang di laut selepas dipanah petir
ketika mereka keluar menangkap ikan di Jeti Batu Lintang, Tikam Batu, Sungai Petani
dalam kejadian awal pagi, 8 Mei 2021.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.17 pagi.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang mangsa, Sobri Hussain, 34 yang dibawa nelayan tempatan ke Jeti Batu Lintang.
“Dia terselamat ketika cuba selamatkan seorang rakannya yang dipanah petir sebelum terjatuh ke dalam laut. Identiti mangsa hilang belum diperolehi setakat ini,” katanya menerusi satu kenyataan, 8 Mei 2021.
Katanya lagi, mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani menaiki ambulans untuk rawatan lanjut dan operasi pencarian mangsa dikhuatiri hilang masih berjalan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter