Berita Terkini| Rumah jiran terbakar! Ibu dan 7 anak diselamatkan selepas nekad terjun sungai!
Published byKebakaran di Kampung Dumpil, Putatan, Penampang, Sabah pada 21 April 2021 memusnahkan banyak rumah penduduk. - Kredit foto: FB Polis Daerah Penampang
SEORANG wanita berstatus ibu bersama tujuh anak berusia dua hingga 16 tahun di Kampung Dumpil, Putatan, Penampang, Sabah nekad terjun sungai selamatkan diri setelah beberapa buah rumah kejiranannya mereka terbakar pada lewat malam 21 April 2021.
Sahara Ismail, 35, kemudiannya terpaksa meredah sungai bersama anak-anaknya sebelum diselamatkan penduduk kampung.
Memetik laporan Harian Metro pada 22 April 2021, sebelum kejadian wanita tersebut sedang membuat susu anak perempuannya yang berusia dua tahun lalu terdengar teriakan dan melihat rumah jirannya terbakar selepas membuka pintu.
Dia yang panik melihat api telah merebak ke rumah jiran sebelah bertindak masuk ke dalam rumah kejutkan semua anaknya sebelum mereka nekad terus terjun ke sungai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran itu pada 10.20 malam dan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi pasukan bomba telahpun berada di lokasi dalam usaha memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan berkenaan. Berdasarkan maklumat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara 17 ke 20 rumah musnah terbakar.
"Api
dapat dikawal jam 12.20 tengah malam. Semua
mangsa terlibat kebakaran dipindahkan di Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR)
Serigai, Putata dan maklumat setakat ini, tiada mangsa yang terkorban dalam
kebakaran ini,” katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter