BAGINDA Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir sejam memasak bubur lambur bersama kakitangannya. - Kredit foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


KEHEBATAN Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar ‘beraksi’ di dapur tidak perlu dipertikai lagi, sebut aja apa hidangan pasti tidak mengecewakan! Sekejap sahaja baginda mampu menyediakan.

Terbaharu, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa memasak bubur lambuk di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada pada Rabu, 28 April 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sultan Johor

BAHAN-BAHAN segar yang disediakan untuk menyediakan bubur lambuk untuk dihantar kepada pesakit di hospital dan rakyat di daerah Kluang, Johor.


Menariknya hidangan kali ini berbeza dengan biasa kerana baginda menggunakan kayu pengacau 'khas' yang dibuat oleh tukang kayu peribadi baginda. Pengacau berkenaan yang diperbuat daripada kayu giam, turut dilengkapi hiasan 'epoxy resin' khas logo Sultan Ibrahim tahun 2021.

Wow! Hebatnya.

Baginda kemudian berkenan meluangkan masa hampir sejam memasak bubur lambuk bersama kakitangan istana.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah juadah itu akan disampaikan kepada rakyat dan pesakit kanser.



"Bubur lambuk yang dimasak hari ini akan disampaikan kepada rakyat dan juga pesakit kanser menerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Rabu, 28 April 2021.

Hasil air tangan baginda sebanyak 200 paket bubur lambuk dari Istana Johor dihantar kepada pesakit-pesakit kanser di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Sebanyak 1,100 paket pula akan disampaikan kepada rakyat di daerah Kluang.  



Beruntung siapa dapat merasai air tangan Tuanku.

Terbaiklah Tuanku! Sentiasa mengingati rakyat dan mereka yang berada dalam kekuarangan.

Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan baik berpanjangan dan terus melindungi rakyat! - KitaReporters


3
1
0
0
0

Copy Link: