Kapal selam KRI Nanggala 402 sah tenggelam! 53 anak kapal gugur! Takziah kepada keluarga mangsa
Published bySemua anak kapal selam KRI Nanggala yang berjumlah 53 orang diumumkan terkorban. - Kredit foto: tekno.tempo.co
BERAT untuk diterima namun begitulah takdirnya. Panglima TNI, Marsekal (Marsyal) Hadi Tjahjanto mengumumkan seluruh awak kapal (anak kapal) selam KRI (Kapal Republik Indonesia) Nanggala 402 yang hilang sejak Rabu, 21 April 2021 lalu di perairan laut utara Bali telah terkorban apabila kapal itu tenggelam di kedalaman yang tekanan airnya bukan pada tahap biasa.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan TNI
Kredit foto: Agensi EPA
“Oleh itu dengan kesedihan yang mendalam selaku Panglima TNI, saya nyatakan 53 personnel yang berada di dalam KRI Nanggala 402 telah gugur, saat menjalankan tugas di perairan utara Bali.
“Atas nama seluruh keluarga besar TNI selaku Panglima TNI, saya sampaikan dukacita yang mendalam kepada keluarga perajurit yang gugur.
"Semoga Tuhan Yang Maha Besar memberikan keikhlasan, kesabaran dan ketabahan,” ujarnya dalam satu sidang akhbar pada Ahad, 25 April 2021.
Menurutnya lagi, pengesahan berkenaan tragedi itu dibuat berdasarkan bukti autentik (sahih) yang ditemukan.
Dalam laporan perkembangan pencarian para anak kapal KRI Nanggala 402 dalam sidang akhbar pada 25 April 2021 itu, beliau menambah, berdasarkan data visual imej bawah air, telah ditemukan bahagian-bahagian daripada KRI Nanggala 402 iaitu kemudi serta kipas belakang kapal selam, sauh serta bahagian luar badan tekan, kemudi selang timbul, dan bahagian lain kapal termasuk baju keselamatan anak kapal.
“Dengan bukti itu, disahkan para awak KRI Nanggala 402 telah gugur dalam bertugas. Dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam dan seluruh awaknya telah gugur," ujarnya yang seterusnya menyampaikan belasungkawa terutama pada keluarga para awak kapal selam KRI Nanggala 402.
"Atas nama prajurit dan keluarga besar TNI saya sampaikan rasa dukacita yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga perajurit yang gugur," kata Hadi.
Kredit foto: kompas.com
Sementara itu, Kepala Staf Angkatan Laut (KSAL) TNI, Laksamana Yudo Margono menyatakan keadaan kapal selam KRI Nanggala-402 telah terbelah menjadi tiga bahagian. Terdapat bahagian yang terlepas dari badan utama kapal.
Menurut Yudo, informasi terbelahnya kapal didapatkan berdasarkan pantauan kapal KRI Rigel.
Seperti diketahui, KRI Nanggala 402 hilang hubungan komunikasi pada awal pagi Rabu, 21 April 2021. Pencarian lantas dilakukan sampai akhirnya KRI Nanggala 402 dinyatakan tenggelam pada Sabtu, 24 April 2021.
Yudo menjelaskan, kapal selam Nanggala 402 mengalami keretakan besar kerana tekanan di kedalaman ratusan meter berdasarkan peralatan yang ditemui. Kapal selam KRI Nanggala 402 dikesan terakhir berada di kedalaman 850 meter.
“Memang boleh berlaku tekanan pada tahap kedalaman 700-800 meter, yang boleh menyebabkan keretakan terhadap kapal selam itu,” katanya.
Kredit foto: TribunNews
Dengan itu juga, pihaknya meyakini bahwa KRI Nanggala tidak mengalami blackout (kegagalan fungsi elektrik) atau terbakar seperti disyaki sebelumnya.
Hal itu berdasarkan visual terakhir dari pasukan penjejak Komando Pasukan Katak/Juruselam (Kopaska) yang melihat lampu kapal menyala saat masuk ke dalam air.
Kehilangan KRI Nanggala-402 dikesan ketika kapal itu sepatutnya meminta kelulusan penembakan, tetapi saat dipanggil, tidak ada jawaban.
Menurut Yudo, sejak jam 3.46 pagi hari itu (21 April 2021), KRI Nanggala sama sekali tidak memberi respons. Ketika itu dilaporkan kapal selam itu dapat bertahan sehingga 72 jam yang bererti para anak kapal (kru) dapat bertahan hingga Sabtu, 24 April 2021).
Anak-anak kapal KRI Nanggala 402 menulaikan solat di atas kapal selam. - Kredit foto: jabar.inews.id
Dalam pada itu, menurut Schmidt Ocean Institute, di kedalaman 850 meter, air laut bukan dalam keadaan biasa.
Pada keadaan itu, laut benar-benar gelap atau hitam. Cahaya mungkin hanya nampak daripada bakteri dan haiwan yang menghasilkan cahaya.
Tekanan hidrostatis air meningkat sebanyak 1atm (Standard Atmosphere) setiap kedalaman 10 meter. Bermaksud, jika tekanan di udara adalah 1atm, tekanan di kedalaman 850 meter adalah 85atm dan manusia hanya boleh bertahan pada tekanan sekitar 3-4 atm sahaja.
Berenang di laut pada kedalaman 850 meter adalah hal yang tidak mungkin bagi manusia kerana rasanya seakan seperti dipijak 100 ekor gajah di kepala. - KitaReporters
Antara anak kapal KRI Nanggala 402 bergambar Banyuwangi, Jawa Timur sebelum keluar untuk latihan di perairan Bali, Indonesia. - Kredit foto: ayosemarang.com
Kapal selam KRI Nanggala 402. - Kredit foto: kompas.com