Video| Demi cinta! Pengsan di konsert semasa galas kekasih di atas bahu! Disaksikan jutaan penonton!

Published by
KitaReporters


Cinta itu buta. Kerana cinta, seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasih sehingga boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri.

Perkara ini dilakukan olehseorang lelaki bernama Farhan Andika. Dia membawa kekasihnya, Nanda Anggita menonton sebuah konsert dinamakan Festival Rame ANTV di Lapangan GGM Majalengka, Jawa Barat pada Sabtu, 12 Oktober 2024. 



Oleh kerana asyik menonton konsert itu membuat Nanda terasa  hendak berjoget setelah mendengar lagu yang diminatinya. 

Dan kerana sayangkan kekasihnya yang agak gempal itu membuat Farhan sanggup mengangkat atau menggalas kekasihnya ke atas bahunya.

Namun setelah beberapa minit Farhan tidak tahan untuk terus menggalas kekasihnya lalu rebah dan pengsan. Dan peristiwa yang dianggap memalukan itu dilihat oleh jutaan penduduk Indonesia.


Nanda dan Farhan bersama Dedi Supandi (tengah). Sementara gambar kanan menunjukkan Nanda digendong Farhan.

Ini kerana program Festival Rame ANTV itu disiar secara langsung melalui stesen TV ANTV.  Secara kebetulan sebuah kamera sedang merakam penonton di tempat kejadian.

Lalu peristiwa yang dianggap lucu itu cepat menular baik dalam laman sosial, media cetak dan media elektronik Indonesia.

Peristiwa itu turut menarik perhatian Pegawai Daerah atau Bupati Majalengka, H Dedi Supandi. Dia lalu mengundang pasangan kekasih itu menemuinya untuk bertanya perkembangan kesihatan si lelaki.


Dalam pertemuan itu Farhan mengaku tidak makan sejak pagi yang membuatkan dia kurang bertenaga,  namun tetap menggagahkan diri untuk ‘membahagiakan’ kekasihnya. Sementara Nanda baru keluar hospital.

Menurut Nanda dia sedang ghairah menikmati muzik dalam acara itu dan hanya sedar setelah kekasihnya rebah menangkatnya.

Farhan dan Nanda mengakui terasa malu apabila mengetahui aksi mereka ditonton secara langsung dalam TV, namun menganggap ia peristiwa yang akan abadi dalam ingatan. 

Kedua-duanya kemudian menyatakan akan bertunang tidak lama lagi.

Justeru H Dedi Supandi menawarkan untuk menaja makanan pada majlis perkahwinan mereka nanti di samping tempat berbulan madu di daerah Majalengka. - KitaReporters

13
18
0
13
0

Copy Link: