Dah muat turun aplikasi Al-Inarah? Lebih 7k artikel untuk diakses dalam Maktabah Al-Bakri! Percuma!
Published by
KitaReporters
--title--
Semasa menjawat jawatan Mufti, saya mengimpikan sebuah aplikasi soal jawab hukum yang mampu mempermudah urusan umat Islam di Malaysia dengan ribuan bank artikel isu-isu agama semasa.
Namun, Allah SWT lebih mengetahui hikmah yang berlaku.
Apabila saya mula kembali menjawab soalan-soalan agama setelah “berehat” seketika semasa menjawat jawatan Menteri - setepatnya pada 10 Januari 2022 - sambutan masyarakat amat luar biasa.
Dengan hampir 5 juta kunjungan ke web maktabahalbakri.com hari ini sejak 3 tahun lalu, saya mula memikirkan pendekatan yang lebih mesra dengan kemajuan zaman.
Hasil usaha jitu pasukan media Maktabah Al-Bakri, lahirlah aplikasi Al-Inarah yang dibina seadanya, dengan sumber kewangan yang amat terhad.
Hari ini pada 26 Ogos 2024, genap 7,000 buah artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma. 3 tahun untuk 7,000 buah artikel sudah pasti bukan kerja mudah. Namun, ia adalah semangat kerja berpasukan yang menatijahkan kejayaan.
Saya dengan rendah hati memohon sekiranya para ulama mendapati ada kekurangan pada mana-mana artikel, boleh sampaikan untuk semakan kami.
Terima kasih juga kepada lebih 400 orang yang memberikan “rating” 4.9 kepada aplikasi Al-Inarah. Ia satu penghormatan bagi kami.
Kami ada banyak lagi kejutan untuk anda. Insya-Allah, dengan doa dan sokongan umat Islam di Malaysia, Maktabah Al-Bakri akan berusaha menjadi peneraju utama kepada hab soal jawab agama di Malaysia.
Dah muat turun Al-Inarah?
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Bekas Menteri (Hal-Ehwal Agama) di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan
7
15
0
15
0