Video| Terima kasih Pak Long! Ismail Sabri Kongsi Rezeki Ramadan! Sasar agih 3,000 pek buka puasa!

Published by
KitaReporters



Bekas Perdana Menteri Ke-9, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkunjung ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 14 April 2023 lalu untuk meneruskan Program Kongsi Rezeki Ramadan. 

Pada program ini beliau mengedarkan 500 bungkus makanan kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), golongan asnaf dan perwakilan kolej. 



Program Kongsi Rezeki Ramadan yang dianjurkan oleh Ismail Sabri telah diadakan pada 1 Ramadan lalu dengan menyasarkan golongan asnaf serta mahasiswa institut pengajian tinggi termasuk mengagihkan 3,000 pek makanan berbuka puasa. 

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri telah turun sendiri untuk menyampaikan sumbangan pek makanan kepada pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan barang keperluan kepada penghuni Rumah Amal Asnaf Al-Barakh. 

Ismail Sabri berkata, pihaknya telah mengagihkan makanan kepada beberapa institusi pengajian tinggi seperti Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Bangi dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). 




“Saya berharap lebih banyak pihak seperti syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama membantu terutama pelajar-pelajar di kawasan Lembah Klang,” kata Ismail Sabri. 

Tambah beliau, Ramadan ini adalah peluang terbaik untuk kita menyantuni golongan-golongan yang memerlukan seterusnya mengukuhkan lagi semangat Keluarga Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media



12
22
0
12
0

Copy Link: