Video| Berkahwin dengan wanita jadian! Tahu selepas 12 hari! Bercinta, berkenalan dalam laman sosial!

Published by
KitaReporters


Perkembangan pesat media sosial menyebabkan cabang media ini diguna dalam pelbagai kehidupan; antaranya berkenalan lalu bercinta. Walaupun ada perkenalan dan bercinta membawa kepada perkahwinan sebenar, namun masih terdapat ‘penipuan perkahwinan’ melalui media sosial ini.

Seorang warga Cianjur, Jawa Barat dikenali sebagai AK berusia 26 tahun adalah antara mangsa penipuan berkahwin dengan seorang wanita jadian gara-gara berkenalan dan bercinta dalam media sosial.

Sekali pandang siapa menyangka bahawa si isteri sebenarnya seorang lelaki. - Kredit foto: Kumparan News


AK mula berkenalan dan bercinta secara maya dengan gadis yang memperkenal diri sebagai Adinda Kanza Azahra alias ESH. Setelah berkenalan secara maya AK, mahu melakukan pertemuan secara fizikal. Ia diterima oleh ESH. 

Ketika beberapa kali pertemuan ESH kelihatan sopan dengan memakai pakaian Muslimah malah memakai cadar. Ia membuat AK jatuh cinta dan mahu segera berkahwin dan ESH memberi reaksi positif. Lalu dibawa menemui ibu bapanya untuk restu.

Lalu akad nikah dijalankan di rumah orang tua AK pada Sabtu 12 April 2024. di Kampung Regalaega, Desa Jayapura, Kelurahan Cidaun, Kecamatan Cianjur Selatan, Cianjur, Jawa Barat.

Sebagai pengantin baru AK begitu ingin menikmati ‘malam pertama’. Namun setelah 12 hari berkahwin, ESH tetap tidak menanggalkan pakaian dan cadarnya walaupun hanya berdua dalam bilik. Dia memberi alasan malu dan beri dia masa untuk berasa selesa menjalankan tugas sebagai isteri.

Masuk hari ke-12 ESH masih enggan menyerahkan tubuhnya kepada suami membuat AK cukup kecewa dan memberitahu ayahnya. Si ayah. lantas cuba mencari latar belakang ESH dengan pergi ke kampung ESH dan bertemu rumah keluarganya.


Proses pernikahan AK dan ESH menggunakan khidmat wali hakim


Alangkah terkejutnya di rumah itu ditemui ayah ESH, sedangkan ESH sebelum ini menyatakan ayahnya menghilang sehingga menyebabkan seorang tokoh setempat menjadi wali hakim. 

Si ayah memberitahu ESH sebenarnya seorang lelaki. Mengetahui ia suatu penipuan membuat ayah AK membuat laporan polis. ESH kini ditahan di Balai Polis Naringgul.

Setelah ditahan ESH mengaku menipu hanya untuk mendapatkan wang mahar dan barang hantaran. ESH kini menunggu hari perbicaraan. Jika didapati bersalah dia boleh dipenjara sehingga 4 tahun. 

Sementara bagi AK, ia merupakan pengalaman memalukan dengan wanita jadian. Namun ia menjadi pengajaran berguna kepada orang ramai agar tidak mempercayai media sosial bulat-bulat.

Kisah pilu AK ini tular setelah dimuatnaikkan oleh akaun Facebook @Poros Garut, pada Sabtu,  4 Mei 2024, kemudian menjadi bahan sensasi dalam media cetak dan elektronik di Indonesia. - KitaReporters

.
15
13
0
15
0

Copy Link: