Video| Yusof Haslam menangis kecewa! Syamsul kahwin lagi! Belakangkan keluarga! Harap tidak bercerai!
Published byYusof Haslam ketika diwawancara wartawan Melodi TV3
BERITA perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof, 38, dengan Ira Kazar pada Jumaat. 6 Januari 2023 dan luahan kekecewaan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian umum.
Tokoh filem terkenal, Yusof kelihatan sebak ketika ditemu bual terutama pada bahagian akhir wawancara.
Beliau tidak dapat menahan air mata mengalir dan suaranya tersekat ketika meminta Syamsul lebih bertanggungjawab setelah apa yang terjadi dan mendoakan yang terbaik.
Baginya perkahwinan tidak hanya memberi nafkah dalam bentuk wang, malahan sebagai imam juga perlu menjaga hati isteri dan jika ada masalah berbincang dengan baik antara kedua-duanya.
Yusof sayang terhadap menantu dan cucu-cucunya
Dalam hidup berumahtangga selama 40 tahun, beliau tidak menafi ada sedikit pergolakan, namun dan dapat diselesai dengan baik atas sifat saling memaafkan kerana wanita merajuk perlu dipujuk.
Yusof mengakui dia kecewa apabila Syamsul sudah berkahwin dua.
Menurut Datuk Yusof, dia hanya mengetahui anak sulungnya itu sudah berkahwin lagi setelah diberitahu oleh seorang stafnya yang meminta membuka IG Syamsul yang memuat naik video pengakuannya.
Sebelum ini dia hanya mengetahui khabar angin bahawa Syamsul sudah berkahwin dua. Yusof mengaku dirinya kecewa, malah isterinya Patimah lebih kecewa dengan pengakuan Syamsul.
Menurut Yusof, dia juga perlu menjaga hati isteri, menantunya Puteri Sarah dan cucu-cucunya serta besannya.
Tambahnya, ia tidak menjadi bahan berita sensasi dalam media kini, jika Syamsul tidak menyembunyikan masalah rumah tangganya sejak empat tahun lalu.
Beliau amat berharap krisis rumah tangga Syamsul dan Puteri Liyana dapat diselesai dengan baik dan mengelak berlaku perceraian. - KitaReporters