Pasukan operasi memerhati ayam-ayam berkeliaran di sebuah taman perumahan di Kuantan. Pahang.

Tinggal di taman perumahan di bandar perlu beretika  bagi mewujudkan keharmonian hidup pelbagai kaum. Namun ada individu di satu-satu taman yang suka menyendiri dan melakukan kegiatan yang boleh menyebabkan jiran berasa tidak selesa.

Antara perkara negatif yang dilakukan ialah menternak haiwan ternakan. Ia boleh menyebabkan percemaran bau dan kekotoran menjijik serta boleh menjejaskan kesihatan penduduk.

Penduduk yang tidak prihatin dengan keselesaan jiran sanggup membina reban ayam demi kesenangan diri sendiri dan keluarga.

Antara kotoran yang terlihat dari ayam yang dipelihara

Namun penduduk sedemikian tidak perlu berasa senang melakukan kegiatan sedemikian. Pasti akan ada penduduk lain yang membuat laporan ke pihak berkuasa.

Ia bukan soal dengki sebaliknya hak penduduk untuk hidup selesa tanpa gangguan yang tidak sepatutnya. Antara gangguan perbuatan penduduk yang tidak beretika di taman perumahan berlaku di Kuantan, Pahang.

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah menerima tiga aduan daripada penduduk sekitar mengenai gangguan kejiranan akibat aktiviti penternakan ayam yang dijalankan oleh seorang penduduk di taman perumahan terbabit.

Proses menangkap ayam-ayam yang terlepas

Sebelum ini MBK sudah mengeluarkan notis untuk menghapuskan kacau ganggu terbabit tetapi hasil semakan dan susulan mendapati pemilik reban ayam gagal mematuhi notis yang dikeluarkan. Bahkan ayam yang diternak semakin banyak dan reban semakin besar.

Kegiatan membina reban ayam dan memelihara ayam ini dilaku di tanah tepi jalan di taman perumahan terbabit.

Keadaan reban ayam diletak atas tanah tepi jalan kawasan perumahan

Menurut Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Nor Hayatul Huda Othman, ia membuat MBK melaksanakan operasi melupus ayam ternakan  dan merobohkan struktur reban ayam seperti dibenarkan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di kawasan Bandar Kuantan Putri 61.

Operasi pada 3 Februari 2025  ini melibatkan seramai 38 anggota meliputi kakitangan dan pegawai Majlis  serta dibantu anggota dan pegawai polis (PDRM) dan Jabatan Verterinar Negeri (JVN) Pahang. 

Reban ayam dimusnahkan dengan jentolak

Antara  tindakan yang dilaksanakan adalah menangkap 40 ekor ayam, menghapuskan sangkar besi dan reban ayam yang di dirikan secara haram.

Menurut Nor Hayatul, operasi ini dilaksanakan untuk memberi peringatan kepada masyarakat khususnya individu supaya tidak melakukan kacau ganggu dan melanggar peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Berita dan gambar-gambar proses operasi dimuat dalam laman FaceBook Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). - KitaReporters


Sejumlah ayam dewasa disita oleh MBK

10
9
0
16
0

Copy Link: