Video| Dia bukan mak cikku tapi isteriku! Tua 13 tahun! Berkahwin 18 tahun! Bahagia, murah rezeki!

Published by
KitaReporters
.


Jodoh adalah ketentuan Tuhan. Jika mendapat jodoh yang jauh lebih tua, jangan kesal. Mungkin ada hikmahnya.

Ini dibuktikan oleh lelaki bernama Nurcholis Martha lebih dikenali sebagai Oltha yang berprofesi sebagai pengacara majlis (master of ceremony) atau MC dan pencipta kandungan dan aktif memaparkan kegiatan hariannya dalam TikToknya @oltha.mc.

Nurcholis kini berusia 40 tahun sementara isterinya Nur Hidayah Suhaimi pula berusia 53 tahun.


Nurcholis dapat merasakan berkahwin dengan wanita lebih berusia memberi murah rezeki kepadanya. Rezeki yang diterima bukan sahaja dari segi kewangan, malahan juga ketenangan jiwa. Walaupun lebih berusia, namun isterinya tetap menghormati Nurcholis sebagai ketua keluarga.

Malah isterinya memberi pandangan yang matang kepada Nurcholis jika menghadapi masalah.


Nurcholis berkahwin pada 9 April 2006 ketika berusia 22 tahun, sementara isterinya, Nur Hidayah Suhaimi sudah berusia 35 tahun. 

Kini setelah 18 tahun berkahwin mereka mempunyai seorang anak berusia 17 tahun. 

Kerana jarak umur yang agak ketara, jika tidak kenal, ramai yang menyangka Nurcholis berjalan dengan makciknya. Bila diaju pertanyaan sedemikian, Nurcholis tanpa malu memperkenal wanita di sebelahnya adalah isterinya.

Nur Hidayah jarang bergambar atau mengambil video bersama Nurcholis sehingga baru-baru ini Nurcholis memaparkan foto dan video bersama isteri dan anak dalam TikToknya @Oltha MC.

Bagi Nurcholis cinta mereka adalah cinta abadi yang insya-Allah kekal sehingga akhir hayat.


Dalam hidup berumah tangga ada ketikanya timbul pergeseran, namun ia dapat diselesaikan secara matang. 

Bercerita mengenai pertemuan jatuh cinta pandangan pertama menurut Nurcholis ia adalah ketentuan Tuhan. Ketika itu  Nurcholis bekerja sebagai penjaga kedai buku Islam di Kebayoran, Jakarta. Dia terpesona melihat Nurhidayah yang berada di seberang jalan. 

Namun Nurcholis sempat takut dengan perasaannya sehingga melakukan solat istikarah supaya terhindar daripada kebimbangan. Doanya dijawab oleh Tuhan. 

Pada minggu berikutnya perasaannya semakin kuat terhadap Nurhidayah, yang rupa-rupanya bekerja di sebuah pertubuhan  kemasyarakatan yang pejabatnya terletak di atas kedai buku yang dijaga Nurcholis.

Akhirnya, ketika berusia 22 tahun itu, Nurcholis memberanikan diri meminang Nurhidayah yang sudah berusia 35 tahun.


Keluarga Nurhidayah yang kuat beribadat menerima lamaran itu dan keluarga Nurcholis juga merestui.

Ketika persiapan untuk ke jinjang perkahwinan, Nurcholis dan Nurhidayah jarang berkomunikasi. 

Setelah rasmi berkahwin, Nurcholis mengaku banyak kebaikan terjadi termasuk kepada keluarganya. Ayah dan ibunya menjadi rajin beribadat. 

Setelah satu setengah tahun perkahwinan, pasangan suami isteri ini dikurnia seorang cahaya mata perempuan pada 2008. Dan setelah memiliki anak semakin menebalkan perasaan cinta antara satu sama lain.

Setelah berkahwin, Nurcholis mendapat kerja lebih stabil sebagai penyelia khidmat pelanggan di Dompet Dhuafa.

Nurhidayah yang sudah memiliki ijazah tidak mahu suaminya rasa rendah diri kerana mempunyai kelulusan lebih rendah.

Lalu dia meminta Nurcholis mengambil kelas hujung minggu. Dan pada 2022 Nurcholis berjaya memperoleh ijazah dalam bidang pengurusan dari  Universiti Pamulang, Tangerang, Banten, Jawa Barat.

Dan rezeki Nurcholis semakin murah setelah mengusahakan perniagaan memberi khidmat pengacaraan majlis. 



Selama ini dalam TikToknya @olta, Nurcholis hanya menyiarkan kegiatannya bersama anaknya.

Kerana ramai pengikut yang bertanya kenapa tidak pernah melihatkan gambar dan video bersama isteri, Nurcholis akhirnya mendapat persetujuan daripada Nurhidayah.

Apabila tersiar gambar bertiga, ramai yang menyangka wanita yang kelihatan agak jauh berusia itu adalah makciknya.

Namun setelah mengetahui perkara sebenarnya, warganet mendoakan hubungan bahagia mereka kekal sehingga akhir hayat.

Kisah hidup Nurcholis dan Nur Hidayah selain diulang siar sejumlah media sosial turut mendapat liputan sejumlah media cetak dan media elektronik. 

Malah, cerita Nurcholis dan Nur Hidayah turut mendapat liputan sejumlah media cetak dan media elektronik termasuk pernah diundang dalam program bual bicara Kick Andy Show dalam Metro TV. - KitaReporters


10
12
0
12
0

Copy Link: