Skuad Prihatin Perkeso Rawang diketuai Roseman Muhamad Damanhuri (kiri) melawat Faridah Mustafar di rumah ibunya di Kampung Melayu,Rawang bagi mengumpulkan maklumat untuk disalurkan faedah PERKESO.


DIA kena tinggal oleh suaminya ketika sarat hamil anak nombor tiga, 10 tahun lalu. Tugas membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal dan tiada pendidikan yang tinggi, cukup menguji kekuatannya. 

Satu demi satu kerja dilakukan oleh ibu tunggal ini, Faridah Mustafar, 30, bagi meneruskan kelangsungan hidup dia anak beranak.

Faridah berkahwin dengan seorang pekerja kilang pada kala usia baru mencecah 18 tahun. Siapa sangka ingatkan panas sampai ke petang. Rupanya hujan lebat di tengah hari. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan agensi Perkeso

Faridah (dua dari kiri) bersama anak-anaknya. Anak kembar lelakinya belajar di tahfiz.


Dengan menjadi suri rumah dan anak ketiga yang baru dilahirkan, Faridah berkorban apa saja selama 10 tahun sehingga tiga tahun lalu, dia tekad untuk menjadi penghantar makanan dengan GrabFood) bagi mencari sumber rezeki menyara anak-anaknya. 

Dia kena cerai sebab suaminya jatuh cinta lagi dan Faridah mula bekerja sebagai jurujual, kerja kilang makanan sejuk beku, restoran segera sehinggakan memilih menjadi penghantar makanan.

Dengan pendapatan lebih kurang RM100 sehari dan jika ada yang sedekah, dapatlah lebih wang saku itu. 

Setiap petang dia pulang dengan hati gembira sehinggalah nasib malang menimpanya pada petang Khamis, 18 Ogos 2022 lalu, sebaik saja menghala masuk lebuh raya keluar ke Tol Rawang, sebuah kenderaan yang dipercayai pacuan 4 roda, tiba-tiba menghimpitnya dan akhirnya Faridah terbabas serta terhumban ke dalam longkang.

Motorsikalnya juga ikut tergolek dalam longkang, sekali dengan beg GrabFoob terbang melayang, Kepalanya terhantuk pada simen longkang dan cedera teruk.


Tragedi yang menyayat hati buat seorang ibu tunggal.



Dia dibantu oleh pemandu kenderaan yang kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan kecederaan kepala untuk menjalani pembedahan.

Sebenarnya ini yang kedua dia nahas. Kali pertama, kakinya terpaksa dipasang besi

Namun Faridah masih gagah meneruskan kerja menghantar makanan. Kerja itu perlu diteruskan kerana ketiga-tiga anaknya, sepasang kembar masih belajar di pusat pengajian tahfiz dan perlukan wang saku, barangan dapur dan bayar bil. 

Faridah kini terlantar di rumah ibunya di No 423 Jalan Batu Arang, Kampung Sungai Bakau, Rawang



Masih memerlukan rawatan lanjut dengan doktor dan dia sangat bernasib baik kerana mengambil insiatif mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak dua tahun lalu menerusi program bekerja sendiri

Pada Rabu 8 September, 2022 lalu, Skuad Prihatin PERKESO Rawang yang diketuai Timbalan Pengurus Roseman Muhamad Damanhuri; Pengurus Kes, Ahmad Zaki Jamaludin; Pegawai Skuad Prihatin PERKESO Rawang, Nur Akmaliza Md Hafizan; dan Eksekutif PERKESO, Ezani Izni Kamaruddin menziarahi Faridah. Mereka mewakili Pengarah Perkeso Rawang

Skuad itu melawat untuk menyalurkan bantuan kepada Faridah dan melengkapkan borang maklumat

Disebabkan mangsa masih dalam rawatan susulan doktor, PERKESO akan mendahulukan keperluan asas seperti katil, tilam khas, pampers dan pembayaran balik kos yang membabitkan sijil cuti.


Maklumat diisi untuk memastikan semua hak yang dinikmati pencarum Perkeso diagihkan dengan sempurna.


Roseman berkata, PERKESO segera ke rumah mangsa selepas dimaklumkan dengan kejadian nahas berkenaan dan selepas diteliti serta cadangan oleh doktor, Faridah akan menikmati sepenuhnya kemudahan termasuk dihantar ke pusat pemulihan (rehabilation) sekiranya perlu untuk membolehkan dia kembali pulih.

"Faridah akan melalui tempoh pemulihan mengikut yang dijadualkan, bergantung kepada tahap pemulihan dan kita percaya beliau dapat kembali sembuh kerana rawatannya dibuat dengan cepat dan dia pun masih muda. 

"Insya-Allah kami doakan dia kembali sembuh untuk bekerja membesarkan anak-anaknya," katanya.



Sementara itu kata ibu mangsa, Rahijah Mat Desa, 60, berkata Faridah kini mengalami demam yang berpanjangan dan kadangkala matanya kabur dan tidak dapat mengenali orang yang datang melawatnya. 

Ibunya berkata keperluan utama mereka ialah pampers dan wang untuk membiayai perubatan termasuk tambang berulang alik membuat rawatan susulan. 

Kerana bapa Faridah juga tidak bekerja dan akan menjalani pembedahan tidak lama lagi.


Skuad Prihatin menyampaikan kotak prihatin ketika melawat Faridah


Orang ramai yang ingin menderma boleh menyumbangkan kepada Faridah Mustafar, melalui nombor akaun Maybank,162012975549 atau menghubungi Safri menerusi telefon nombor 011 26129692

Abang mangsa, Muhd Safri Mustafar, 31, berkata adiknya menyara anak-anaknya sejak 10 tahun lalu tanpa mengeluh demi keperluan anak-anaknya yang sekarang sedang bersekolah.

Katanya, anak kembarnya memulakan pengajian di tahfiz berhampiran rumahnya pada 9 September 2022 lalu dan ia memerlukan wang bagi membiayai mereka dan berharap Perkeso untuk meneruskan kehidupannya.

Bagaimanapun keluarga Faridah sedang berusaha untuk mendapatan rakaman kamera (CCTV) kerana Faridah tidak langsung sedar kejadian itu berlaku. - KitaReporters


Insya-Allah kami akan segerakan bantuan, kata Izani (kiri )berbual dengan Safri di sebelahnya.

16
11
0
12
0

Copy Link: