ADA dalam kalangan masyarakat kita yang hendak mencari pasangan hidup pada zaman sekarang memilih untuk menggunakan aplikasi mencari jodoh seperti Baitul Jannah atau Tinder. Namun seorang doktor muda kini tular dalam Twitter hanya kerana membuat posting resume untuk mencari pasangan hidupnya. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Ternyata cara yang digunakannya sangat unik dan kreatif!

Pemuda bernama Naquib Hasief ini telah memuat naik resume lengkap untuk mencari bakal isteri dan turut meletakkan beberapa syarat yang perlu diikuti sebelum layak menjadi isterinya.


Bukan itu sahaja beliau juga telah memasukkan beberapa ciri-ciri yang ada pada dirinya, kekuatan dan kelemahan yang ada.



Apa yang lebih menarik lagi beliau juga mendapatkan komen dari ahli keluarga tentang dirinya untuk diketahui umum.



Katanya jika ada wanita yang berminat di luar sana untuk menjadi bakal isteri, anda boleh mesej terus (DM) kepadanya dalam Twitter untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan ini.

Rata-rata netizen yang melihat dan membaca posting merasakan pemuda ini sangat kreatif dan comel.



Maka, untuk wanita yang masih single di luar sana, tak salah untuk mencuba, kot inilah jodoh sebenar anda kan? - KitaReporters

9
3
0
2
0

Copy Link: