Payung emas! Isteri jadi mak andam! Rela suami nikah baharu!
Published by"DENGAN bekas isteri pertama ada enam anak, dengan saya dapat tiga orang lagi. Semuanya 9 orang dan bekas isterinya pelihara seorang, lapan lagi saya yang jaga," demikian penjelasan isteri mithali, Syiela Rashid kepada pertanyaan seorang `Puan Seri` mengenai kerelaannya membenarkan suaminya, Khubaib Ramli bernikah lagi satu. : KitaReporters
"Sah dapat adik madu".... Syiela Rashid, suami Khubaib Ramli dan madu
Lagi cerita-cerita berkaitan poligami:
https://kitareporters.com/search?search=poligami
Ini cerita kontroversi yang menjadi tular dalam media sosial dan yang mengejutkan seluruh negara apabila netizen yang kagum, sekali gus `terasa` sakit hati apabila seorang isteri bukan saja rela jadi `saksi`, malah memekap dan menyiapkan pakaian pengantin ciptaannya sendiri bagi meraikan perkahwinan ketiga suaminya, di Kedah pada Ahad, 21 September 2020.
FBtuber, blogger dan pemilik Facebook dengan nama Syiela Rashid memuatnaikkan gambar dia bersama suaminya, seorang ahli perniagaan dan pemilik Laguna Bumi Sdn Bhd yang terbabit dalam pengedaran air mineral, pemaju perumahan dan hartanah, yang melangsungkan pernikahannya di masjid dengan seorang wanita yang hanya dinamakan `adik` madu saja.
Bila sudah kecoh begitu dan ramai yang memuji ketabahan Syiela, maka timbullah cerita di sebalik layar `kegembiraan` beliau menikahkan suaminya dengan seorang wanita lain, yang banyak dikomen oleh Syiela, yang lebih cantik dari madunya.
Salah satu komen itu ialah daripada sepupu bekas isteri pertama Khubaib sendiri. Penama FB yang dikenali sebagai Rindiani Rin MM dalam satu perkongsian posting Syiela itu menulis agak `kasar': "Xpyh propa sgt lahh tinooooo (perempuan). Mu pun rampas hak sepupu aku dulu, Molek dah orang ambil hak mu pulok.
"Sepupu aku anok 6 dah...bukannya seorang. Kifarah" What you give you get back. Apa yang awak buat, awak dapat balik."
Kalau nak bermadu kena pandai pembohong, tapi tak semestinya di dunia moden sekarang. - Kredit foto: Berita Harian Singapura
So kisah poligami lelaki ini bukanlah sesuatu yang `hebat` kalau dia boleh menceraikan isteri pertamanya untuk Syiela dan wanita baru. Kita tidak boleh menolak kemungkinan untuk dia `jatuh cinta` kali keempat, tidak lama lagi.
Syiela dalam komennya memohon Allah SWT menggandakan ketabahan pada dirinya dan dia sangat reda bila menulis: "Bila membuat pilihan (berkahwin lagi) cinta tidak boleh dihukumi, hidupnya dengan rasa sayang, biarkan dia berlaku, terima saja takdir dengan fikiran terbuka," katanya turut berterima kasih kepada suaminya yang menjadi ketua keluarga @ imam yang baik.
Terima seadanya dan hidup dengan kasih sayang, kata Syiela.
Syiela adalah mak andam pengantin, mekap artis berkahwin dengan Khubaib Ramli lima tahun lalu dan suaminya adalah Pengurus Bumi Laguna Sdn Bhd, bekas pengetua mahad tahfiz, graduan dalam jurusan pendidikan Islam dari Acheh dan Kaherah Mesir.
Khubaib juga terbabit dalam projek hartanah terkenal di Kedah, terbabit dalam pembinaan sekolah pengajian agama dengan wakaf daripada masyarakat dan ahli pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan kutipan wakaf al-Quran untuk pelajar di Afrika serta aktif dalam pelbagai badan kebajikan.
Senyum seorang isteri yang akan dimadukan. Seronok dia dapat berkongsi suaminya.
Malah dalam satu paparan di FB Syiela, seorang temannya menghadiahkan video dari tanah seberang, mengenai seorang isteri yang menenami suaminya bernikah lagi dengan satu komen `In Sha Allah payung emas untukmu`.
Dalam pada itu, ramai yang komen, majortinya wanita, ibu dan isteri yang menyuarakan rasa kagum, pelik dan merasakan `peritnya` jika mereka berada di tempat Syeila untuk berkongsi suami.
Kata mereka usahkan nak rela berkongsi kasih, baca mesej suami yang `pelik` sudah mengetarkan rasa mendidih inikan untuk melihat suami bersiap dan menuju ke masjid bagi melafazkan ucapan yang menjadikan mereka berpoligami.
Bagi kaum lelaki mereka kelihatan kagum dengan keberanian lelaki itu bernikah dengan disaksikan oleh isteri tetapi mereka berpesan kena juga beri perhatian mereka keluarga itu sudah memiliki ramai anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian serta kasih sayang.
Kami nak pergi ke majlis nikah suamiku..... Syiela Rashid