Zizan nak tubuh yayasan! Tak nak digosip dengan Hawa Rizwana
Published byMELIHAT
gelagatnya yang ceria, ada ketikanya kita tidak tahu mana satu situasi serius
dan kelakar yang ditonjolkan oleh Zizan Razak. Malah tak kurang juga yang
mendakwa Zizan seorang yang suka bergurau (playful). Maklumlah bakatnya dalam
bidang seni pun dicungkil menerusi program Raja Lawak pada 2007. : KitaReporters.
Zizan Razak nampak macam tak serius tapi hatinya mudah kasihan pada orang.
Zizan atau
nama penuhnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, akhir Jun lalu berjaya membuat
orang ramai respek kepadanya kerana sanggup pergi ke Port Dickson untuk bertemu
dengan seorang peminat cilik, Puteri Nur Zulaikha, 10, di Hospital Port
Dickson.
Pada
pertemuan itu, Zizan turut mengalirkan air mata sewaktu mendengar doa daripada
adik kecil itu yang dititipkan untuknya.
Zizan yang
ditemui pada majlis pelancaran produk Wholly Fitz pada 17 Julai 2020 lalu,
memberitahu, beliau ada impian untuk tubuh yayasan bagi membantu orang lain
mengikut kemampuannya.
Pertemuan dengan adik Puteri Nur Zulaikha membuat Zizan berhasrat untuk menubuh yayasan bagi membantu orang.
“Saya tak tubuhkan lagi tapi saya berniat. Sebenarnya saya suka buat kebajikan, ini bukan pasal duit atau apa, tapi lebih kepada soal hati.
"Sedar tak sedar, saya juga ada ramai peminat dalam kalangan adik-adik yang kadang-kadang dalam keadaan yang rezeki Allah bagi begitu.
“Bagi saya, jika dalam diri kita ada kesedaran, tak kiralah ada yayasan atau tiada, pasti kita akan hulurkan bantuan.
"Pada saya, perlu ada yayasan supaya boleh fokus. Kadang-kadang kita kejar duniawi sangat, kita tak sedar benda-benda ini (kebajikan) adalah yang terbaik untuk diri kita.
"Insya-Allah semoga niat saya dipermudahkan Allah,” katanya penuh harapan.
Pelakon dan pengacara itu juga berharap rakan artis yang mempunyai peminat seperti peminat ciliknya itu, berusaha untuk bertemu bagi memenuhi hasrat mereka.
Semuanya bermula dengan usikan Zizan terhadap Hawa Rizwana, akhirnya bertukar menjadi gosip.
Walaupun
Zizan melakukan kebaikan, namun ia masih tidak dapat menutup gosipnya bersama pengacara
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan.
Beliau yang
tidak mudah melenting dengan setiap gosip yang dihadapi menjelaskan antaranya
dengan Hawa Rizwana tiada sebarang hubungan cinta.
Gosip antara
mereka bermula bila sering dilihat berbasikal bersama dan mengusik-usik dalam laman sosial. Namun kata Zizan, itu semua tiada kena mengena dengan hati.
Zizan aktif mengayuh basikal demi menjaga kesihatan bukan untuk mencipta gosip.
“Saya pun tak tahu kenapa saya digosipkan dengan Hawa. Saya anggap dia adik saya sahaja, tidak lebih daripada itu.
"Saya saja usik dia tanpa ada apa-apa niat sebab kita orang pernah berjumpa. Saya pun tak pernah rasa ada atau perasaan dengan dia.
“Pada saya, Hawa seorang anak yang sangat baik, adik yang konsisten dengan kerja. Cara dia mengayuh, kita tahu dia seorang yang fokus dengan apa yang dia sedang buat. Saya support la dia.
"Dalam masa yang sama pun, bila orang mula gosip itu, saya mula risau tentang kerjaya dia dan saya.
“Saya tak naklah orang bercerita begini sampai jadi satu gosip yang orang dah mula percaya yang kita orang ada apa-apa. Sedangkan kita orang ni tak pernah berhubungan pun kalau tak ada pasal kayuh basikal ni.
"Tak pernah ada, tiba-tiba jom kita pergi minum, tak pernah ada langsung.
“Kalau kata tiba-tiba nak kayuh, saya hubungi dia dan kadang-kadang dia contact saya. Saya kerja, saya cakap kerja la.
"Saya rasa kesian dekat orang di luar sana takut percaya dengan spekulasi yang boleh membawa kepada satu benda yang tidak baik. Itu buat saya risau,” luahnya.
Jelas Zizan,
beliau risau jika gosip sebegitu boleh menganggu kerjaya Hawa yang masih baharu
itu.
Zizan risau gosip keterlaluan boleh menganggu kerjaya seninya.
“Saya sudah lama dalam industri ni, saya nak dia bekerja dan berkerjaya dengan baik dulu.
"Saya pun tak nak dia naik dengan keadaan gosip. Saya pun tak nak juga nama saya menjadi buruk, kalau ada perempuan saja ini awek atau girlfriend Zizan.
“Kalau boleh saya pun nak hidup dengan sihat, sebab itulah saya beli basikal. Bila beli basikal, gosip pasal basikal juga.
"Saya sebenarnya tak berapa minat sukan sangat. Kalau minat pun, go-kart, sukan jenis e-sport seperti video games. Tapi yang jenis untuk berlumba tu mahal bajetnya.
“Jadi basikal tu kita hanya perlu kayuh saja, tak ada strategi macam memanah atau bermain bola sepak.
"Pada saya benda tu very priceless untuk saya punya kesihatan. Dalam seminggu saya berbasikal kadang dua atau tiga kali.
"Saya baru lagi dalam sukan berbasikal ni tapi saya dah beli basikal lama, sejak 2019,” ceritanya yang bakal turun ke set penggambaran filem Hantu Boceng 2 untuk siaran di Astro First.
Pasti kelakar, bila Zizan dan Shiha Zikir bekerjasama dalam filem Hantu Boceng 2.
Meskipun
Hantu Boceng 2 diterbitkan untuk tayangan di saluran Astro First, Zizan kata,
proses pembikinan tetap sama seperti filem.
“Konsepnya
seperti Netflix, kita buat produk yang berkualiti untuk Astro First sebab orang
nak tengok berbayar. Jadi kita buat produk ini macam filem juga.
“Saya rasa
bajetnya tak rendah, tinggi juga untuk Astro First ini. Sebab itu produk Astro
First sebelum ini memang menarik Kemungkinan besar heroin Hantu Boceng 2, Shiha
Zikir,” katanya. - KitaReporters