Tolong kami! Bantu Nurfarra! Remaja 20 tahun kini galas ketua keluarga! Nekad jaga adik-adik!
Published byNURFARRA Asyikin Norazmi bersama dua lagi adiknya di rumah milik bapa saudaranya di Kampung Pasir Puteh Tualak Kuala Nerang, Kedah. - Kredit Foto facebook Ayam Bismi Segar Halal
IBARAT jatuh ditimpa tangga itu yang berlaku kepada lima beradik dari Kampung Pasir Puteh Tualak di Kuala Nerang, Kedah apabila ibu kesayangan mereka yang koma selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya pergi buat selama-lamanya.
Kini Nurfarra Asyikin Norazmi nekad mengganti
tanggungjawab ibunya yang selama ini menjadi ketua keluarga mereka untuk
menjaga empat lagi adiknya termasuk tiga daripada mereka masih bersekolah.
Malah remaja berusia 20 tahun itu turut berjanji akan terus setia bersama adik-adiknya walaupun dalam apa jua keadaan.
Lagi cerita-cerita pilu berkaitan anak yatim
EMPAT adiknya menjadi tanggungjawabnya selepas ibu mereka Norhashimah Abdul Majid meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya April lalu. - Kredit foto: Utusan Malaysia
“Saya reda dengan takdir ini walaupun kini sudah
hilang tempat bergantung.
“Memang sedih tetapi saya harus kuat untuk
adik-adiknya. Lagipun arwah mama selalu pesan jika apa-apa jadi kepadanya, saya
harus pikul tanggungjawab jaga adik-adik dan jangan biarkan kami berpisah dalam
apa juga keadaan,” kata Nurfarra seperti dipetik oleh Facebook Ayam Bismi Segar Halal Suci.
Terdahulu, syarikat yang memproses ayam segar, Bismi Empire Sdn. Bhd tampil menghulurkan bantuan selepas mengetahui keperitan hidup yang dilalui lima beradik berkenaan.
Berkongsi cerita lagi, Nurfarra berkata, pada awalnya dia mengharapkan ibunya, Norhashimah Abdul Majid, 43 sembuh dan kembali meneruskan kehidupan bersama mereka semuanya.
Namun siapalah kita kerana Allah yang menentu
segala-galanya…
Tanggal 24 Jun 2021 menjadi detik hitam kepada lima beradik itu apabila ibu kesayangan mereka dijemput pencipta-Nya selepas koma dan bertarung selama dua bulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
GADIS berusia 20 tahun itu nekad menggalas tanggungjawab ketua keluarga selepas ketiadaan ibu manakala bapanya telah berpisah lebih setahun lalu.
Mengimbas kembali tragedi yang meragut nyawa ibu
kesayangan mereka itu, cerita Nurfarra, kejadian berlaku ketika ibunya mahu
pulang rumah dari tempat kerja di pekan Kuala Nerang.
“Mama ambil upah buat kuih raya dan waktu itu dia nak
balik rumah naik motosikal. Orang cakap mama terperosok dibawa kereta dan tayar
kereta dia langgar badan mama. Saya masih tak dapat bayangkan kesakitan mama.
Selepas itu mama terus koma.
“Apa yang kami ralat adalah orang yang langgar mama
itu tak datang pun minta maaf kat kami lima beradik sampailah mama dah tak ada.
Dia pergi jumpa tok saja,” katanya dengan nada sedih.
Kini mereka berlima terpaksa menumpang di rumah bapa
saudaranya di kampung tersebut sambil dipantau oleh neneknya, Bainun Yasin, 95.
“Sejak setahun lepas apabila mama bawa kami dari Pulau Pinang ke sini kami memang menumpang di rumah ini," kongsinya. Sementara itu, bapanya pula telah berpisah dengan arwah ibunya sejak setahun lalu.
Kini dia tidak mampu untuk menyewa rumah apatah lagi dengan pemergian ibu, semua buntu untuk mencari rumah sewa.
SEMOGA kesusahan yang dilalui lima beradik itu tidak berpanjangan dan berharap ada pihak yang sudi membantu meringankan beban anak yatim berkenaan.
“Saya kini bekerja sebagai sukarelawan Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kuala Nerang dan tidak mampu keluar bagi
mencari rumah sewa untuk kami tinggal,” katanya.
Semoga Nurfarra terus kuat yakinlah semua ujian yang
diterima sebagai tanda Allah sayang!
Semoga keperitan anak gadis dan empat lagi adiknya itu - Mohd. Hafiq Ridzuan, 18; Nur Anis Amira, 15; Nuraina Amalyna, 12; dan Nurshafinas Fareha, 4 - tidak berlarutan dan berharap ada pihak sudi membantu meringankan.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada remaja berkenaan berikut adalah nombor akaun Nurfarra, 02113 - 29 -00012661 -7 – BSN (Nurfarra Asyikin Norazmi) - 019-900 4979. -KitaReporters