PELAWAK dan pelakon Zizan Razak, 36, tidak dapat menahan sebak ketika bertemu peminatnya, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Puteri Nur Zulaika Abdullah yang menghidap penyakit jangkitan kuman pada paru-paru. Terbaiklah Zizan!!! : KitaReporters


Selebriti ini telah pergi ke sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini, Isnin 29 Jun 2020 bagi memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang sudah lama teringin berjumpa dengannya.

Puteri Nur Zulaika terkena jangkitan kuman pada paru-paru ketika berusia lima bulan disebabkan kencing tikus

Menurut doktor, kesihatannya merosot kebelakangan ini.

Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak meluangkan masa kira-kira sejam melayani kanak-kanak itu. Dia turut memberi sejumlah mainan kepada kanak-kanak tersebut.


Puteri Nur Zulaika kelihatan ceria dan mendoakan Zizan agar murah rezeki, dipelihara kesihatan dan cepat mendapat jodoh.

Dalam postingnya dalam Instagramnya @zizanrazak869, Zizan juga berharap peminat dapat mendoakan agar Puteri Nur Zulaika yang menghidap jangkitan kuman pada paru-paru, segera sembuh. - KitaReporters


0
0
1
0
0

Copy Link: