APABILA bercakap mengenai kecantikan, seseorang kita tidak dapat lari daripada memperkatakan soal imej, penampilan dan personaliti, walaupun tiga perkara berkenaan berbeza namun ia saling berkaitan dan amat penting dalam diri seseorang atau individu terbabit. : KitaReporters

Sherynn bersama produk kecantikan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh syarikatnya.


Perkara itu diakui seorang usahawan wanita (usahanita) yang juga perunding imej yang sudah lama berkecimpung dalam bidang berkenaan dan pernah mendampingi isteri ahli politik, orang kenamaan serta  wanita berkerjaya.

Sheryna Muhamad Iftenie, 48,adalah seorang wanita gigih yang pernah berdepan dengan pelbagai rintangan hidup malah hampir putus asa dan hilang semangat  untuk menceburi bidang keusahawanan.

Namun tetap bangkit daripada kegagalan menguruskan pelbagai perniagaan dan akhirnya dia kini mampu tersenyum lebar apabila kejayaan menjadi usahawan terserlah dengan kesungguhan memperbaiki kelemahan masa lampau.

Dia yang lebih dikenali dengan Sherynn sebenarnya minat dalam perniagaan sejak berusia 19 tahun dengan menjalankan perniagaan menjual pinggan mangkut, karpet dan pelbagai peralatan dapur

Berbekalkan modal RM15,000 hasil wang simpanan dan sedikit bantuan keluarga dia memberanikan diri memulakan perniagaan.

“Minat berniaga datang secara tiba-tiba dan ia mungkin disebabkan saya datang dari keluarga yang berlatarbelakangkan perniagaan,” katanya.

Katanya, ketika berusia 20 tahun dia menceburi bidang fesyen, masuk kelas belajar design baju, menjahit, dan mengambil upah mereka fesyen untuk isteri-isteri orang kenamaan di Selangor.

Ketika di pejabat Sherynn sentiasa menjaga personaliti sebagai wanita koporat


Selepas itu, katanya, minatnya berubah untuk membuka butik selepas mempunyai asas dalam bidang fesyen dan kecantikan, selain minat yang mendalam dalam bidang berkenaan.

Beliau kemudian pergi ke Bangkok, Thailand dan menetap di sana selama seminggu untuk mendapatkan stock pakaian bagi memulakan perniagaan butik.

'Sekembali dari sana bermulalah karier saya sebagai seorang usahawan dengan perniagaan pertama iaitu membuka sebuah butik atas nama Ladies Special Boutique di tengah bandar Klang, Selangor.

“Ketika itu saya adalah seorang peniaga Melayu tunggal yang berani menjalankan perniagaan butik di Bandar Diraja itu, manakala yang lain  semua peniaga Cina,” katanya.

Sherynn sentiasa mementingkan kecantikan dan wajah yang cantik


Beliau mula dikenali ramai selepas kisah perniagaanya yang memaparkan fesyen rekaan sendiri tersiar dalam media cetak.

Berikutan itu, namanya terus melonjak dan menjadi perbualan terutama isteri ahli politik di Selangor untuk mereka cipta pakaian bagi majlis-majlis mewah mereka.

Katanya, pada 1994, dia dijemput menjadi penceramah imej berbayar di Radio Malaysia Kuala Lumpur (RMKL) pada setiap isnin dan khamis selama 45 minit. 

Selama enam tahun dia menjalankan tugas yang diamanah kan oleh RMKL

Pada masa itu, katanya, dia juga dilantik menjadi tenaga pengajar aerobik untuk ahli BALKIS di bawah naungan Puan Sri Asbi Rogani, isteri Tan Sri Muhamad Taib di kediaman Menteri Besar Selangor.

“Selama lima tahun saya bersama mereka, dan mengenali gaya hidup isteri-isteri ahli politik yang serba mewah ketika itu,” katanya.

Kemudian dia juga mula menceburi bidang peragaan fesyen dan menjadi model fesyen dan pentas untuk beberapa butik. 

"Dari situ bermula karier saya sebagai penganjur pameran," tambahnya.

Selepas beberapa pameran dari yang biasa-biasa kemudian memberanikan diri untuk menganjurkan satu pameran terbesar ,dan pameran terakhir saya atas tema Adat Istiadat perkahwinan orang Melayu yang banyak diadakan di sekitar Klang.  

Pameran ini  mengambungkan 45 usahawan barangan keperluan pengantin selain disertai 27 modeling catwalk terkena selain peserta Dewi Remaja 1998 yang saya didik untuk beraksi di pentas termasuk Rita Rudani. Warnida dan ramai lagi.

Pekerja sebuah farmasi di Kuala Lumpur menunjukkan sabun keluaran syarikat Sherynn yang dijual di farmasi berkenaan


Katanya, pada 1998 dia mula bermain dengan perusahan perkilangan dengan membuka kilang Pau Saidina  berkongsi dengan seorang rakan bangsa Cina.

Selepas itu, katanya, pada 2006 dia menutup semua perniagaan kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan baru saya iaitu mengeluarkan sabun mandi herba 3 in1 Seraiwangi Aloe Vera. 

"Alhamdulillah selepas 15 tahun, perniagaan ini bertahan dengan jumlah pengguna di Malaysia, Brunei dan Indonesia juga di Luar negara hampir mencecah satu juta.

Sebelum mencantikkan orang lain Sherynn mencantikkan diri sendiri dahulu


Katanya, lima tahun lepas dia mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan produk kecantikan atas nama Sherynn Secret.

"Alhamdulillah juga kerana rezeki Allah masih berpihak kepada saya," ucapnya.

Kini Sherynn memberi tumpuan kepada pembuatan produk “Lemongrass Soap” dan memerlukan lebih ramai wakil untuk memasarkan produk terbaharu itu di seluruh negara.

Sherynn menampailkan imej wanita koporat


Katanya, ketika ini dia mempunyai rangkaian pemasaran di sebahagian besar pasar raya, farmasi dan kedai biasa termasuk di Indonesia.

“Saya pasti bangga jika pengguna produk keluaran Sherynn Secret khususnya wanita akan menjadi kelihatan lebih cantik dan bergaya,” katanya. - KitaReporters

3
1
0
0
0

Copy Link: