PRESIDEN Indonesia ke-6 (2004 –2014), Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), 71, adalah seorang pengemar muzik dan boleh mencipta lagu melodi dan lirik. Dan baru-baru ini, beliau menggunakan bakatnya untuk mencipta lagu khusus untuk petugas barisan hadapan (frontlines) Covid-19. : KitaReporters

SBY punya kebolehan mencipta lagu. - Kredit foto: IG SByudhoyono

Beberapa lagu berunsur patriotik telah dicipta oleh SBY dan dipersembahkan ketika sambutan hari kemerdekaan Indonesia ketika dia menjadi presiden selama dua penggal.

Kini ketika dunia sedang menghadapi kesan Covid-19, menimbulkan idea kepada SBY menghasilkan sebuah lagi berunsur motivasi.


Catatan SBY mengenai lagu ciptaannya 'Cahaya Dalam Kegelapan'. - Kredit foto: IG Aniyudhoyono

SBY menghasilkan lagu berjudul  'Cahaya Dalam Kegelapan' khusus untuk pertugas barisan hadapan yang berjuang menghentikan wabak Covid-19.

Video lagu itu dimuatkan dalam akaun Instagram isterinya @aniyudhoyono (yang tetap diaktifkan walaupun sudah meninggal dunia).

Dalam video berdurasi lebih 6 minit, SBY menyampaikan kegelisahan ke atas Covid-19 ini.

"Kita cemas, kerajaan dan bangsa-bangsa lain juga cemas kerana badai korona terus menerjang dunia tanpa ampun, tanpa batas. 

"Saya kerap menyaksikan tayangan televisyen, mereka-mereka yang tergeletak di hospital  atau tangis-tangis yang pecah di malam hening kerana kehilangan orang-orang yang sangat dicintainya," katanya dalam IGnya.

Kerana itulah, lagu ciptaannya ini dibuat. 

Dia berharap melalui lagu ini, masyarakat baik di Indonesia mahupun dunia tidak kehilangan harapan untuk terus menjalani kehidupan.

"Sebagai warga dunia saya cemas kalau manusia kehilangan harapan seolah buminya makin gelap tanpa cahaya. untuk itu semua lah saya ciptakan lagu ini, ini lagu rakyat lagu kita semua," tambahnya.

SBY sering berkarya di dalam bilik bacaannya sementara di belakangnya potret arwah isterinya yang dikasihinya, Ani.

Dalam video klip yang dibuat oleh Ivan Bandhito serta susunan muzik oleh Tohpati ini, lagu ciptaannya dinyanyikan oleh beberapa penyanyi terkenal Indonesia iaitu Joy Tobing, Sandhy Sandoro, Yuni Shara, Ariyo Wahab, Ita Purnamasari, Lala Karmela, Andy Rif dan Irang Perdana.

Lagu ini, juga ia persembahkan secara khusus bagi orang-orang yang telah lanjut usia. 

Sebab, sebagai seorang yang sudah lanjut usia, SBY menyedari memang menjadi salah satu golongan yang mudah terjangkit virus. 

Katanya, dengan lagu ini dia berharap boleh saling menguatkan.

"Lagu ini juga saya persembahkan kepada para sahabat yang tergolong lanjut usia seperti saya, kita tahu bahawa usia seperti inilah yang mudah terjangkit virus Corona.

"Mari kita saling menguatkan semangat dan harapan kita terima kasih," ungkapnya.

Tidak cuma itu, dalam kapsyennya SBY menulis pesan semangat bagi para pejuang barisan hadapan seperti petugas perubatan yang melakukan pencegahan Covid-19.

"Melalui lagu yang saya ciptakan ini, 'Cahaya Dalam Kegelapan', saya ingin berbagi rasa, semangat dan harapan. Insya Allah, ada hari esok yang cerah. Badai pasti berlalu.

“Lagu ini saya persembahkan kepada rakyat Indonesia tercinta, terutama yang tengah bergelut dan berjuang di barisan depan  ~ para pesakit serta para doktor dan jururawat," tulisnya. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: