Lima stesen Caltex menyumbangkan barangan keperluan makanan kepada penduduk di DUN Kota Putera, Besut


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemi COVID-19 yang yang dilaksanakan kerajaan bermula Mac 2020 menyebabkan ramai rakyat terkesan kerana tidak dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa sehingga hilang sumber pendapatan bagi menyara hidup keluarga.

Keadaan semakin parah kepada golongan penduduk luar bandar terutama yang tidak mempunyai pendapatan tetap kerana menghadapi kesukaran untuk melakukan atau mendapatkan pekerjaan, tidak seperti mana sebelum penularan COVID-19.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Besut:

https://kitareporters.com/search?search=besut


Razali Mohamad


Bagaimanapun, dalam tempoh pelaksanaan PKP yang sama banyak pihak yang prihatin dengan nasib menimpa masyarakat dan tampil membantu golongan yang terjejas dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan terutama barangan keperluan dapur. 

Pengusaha stesyen minyak Caltex yang beroperasi di Terengganu yang cakna komuniti adalah antara pihak swasta yang turun padang menghayati denyut nadi kehidupan masyarakat di negeri tersebut  dengan menganjurkan program agihan barangan keperluan dapur.

Syarikat Kristal Group (Caltex) yang mengabungkan lima stesyen minyak tersebut di negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program mendekati komuniti ketika mereka menghadapi  suasana hidup yang suram.


Razali (kanan) menyampaikan sumbangan barangan kepada salah seorang penduduk di DUN Kota Putera


Pengarah Urusannya, Razali Mohamad berkata, pihaknya terpanggil untuk berkongsi rezeki hasil daripada perolehan perniagaan untuk menyumbang sedikit barangan keperluan kepada masyarakat di negeri itu.

Katanya, terbaharu pihaknya menyumbang barangan keperluan dapur kepada penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, Besut.


Barangan keperluan dapur untuk diagihkan kepada penduduk oleh Kurnia Group (Caltex)


Menerusi program bersama komuniti yang diadakan pada Sabtu, 6 Fabruari 2021 lalu, pihaknya sempat menyantuni lebih 200 penduduk di kawasan DUN tersebut.

Menurutnya, mereka menerima barangan keperluan berasaskan makanan kerana itulah yang mereka perlukan dalam tempoh PKP.

“Insya-Alah pihaknya akan bergerak menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Razali berkata, sebelum ini pihaknya sudah melakukan aktiviti yang sama dengan menjengok masyarakat luar bandar dan bercadang untuk meningkatkan lagi program pada Ramadan ini. - KitaReporters

12
4
1
1
2

Copy Link: