GOLONGAN warga emas sewajarnya disantuni dan diberikan perhatian bagi menjadikan mereka individu yang sentiasa cergas serta produktif bagi kemajuan komuniti setempat.

Sebagai ahli masyarakat kita sepatutnya menghormati dan bekerjasama bagi membolehkan kita menimba pelbagai ilmu pengetahuan mhaupun pengalaman bermanfaat yang ada pada mereka.

Generasi muda harus berterima kasih kerana dengan adanya merekalah lahir generasi yang ada hari ini dan bakal pewaris masa hadapan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan warga emas:

https://kitareporters.com/search?search=warga+emas


Salah seorang warga emas dari Puchong Prima, Puchong menerima sumbangan pek makan tengah hari tajaan Sekolah Islam Antarabangsa Kuala Lumpur yang disampaikan oleh Aniza Jamaluddin (tengah). - Kredit Foto: FB JPM MBSJ.


Malahan bagi setiap agama di dunia khususnya Islam menyuruh para penganutnya sentiasa menyayangi dan mengasihi generasi warga emas atau golongan tua.

Kita janganlah menjadikan mereka sebagai golongan yang dianggap menyusahkan atau membebankan hingga sanggup menyisihkannya dalam kehidupan berkomuniti.

Lebih-lebih lagi dalam kehidupan moden hari ini bantu membantu antara ahli komuniti tanpa mengira peringkat umur termasuk warga emas perlu saling berkerjasama dan bersatupadu untuk pembangunan satu-satu kawasan komuniti.


Mohd Fitri Jamaluddin (tengah) menyampaikan bantuan PKP kepada salah seorang penduduk Pangsapuri Perdana, Puchong Perdana.


Menyedari keadaan inilah, Sekolah Islam Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIIS) pada Khamis, 18 Februari 2021 menaja sumbangan makan tengah hari untuk  50 individu warga emas berbagai-bagai bangsa di Taman Puchong Prima, Puchong, Selangor sebagai usaha menyantuni golongan berkenaan.

Bagaimanapun disebabkan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  yang masih berkuat kuasa di Selangor sumbangan tersebut terpaksa diagihkan seorang demi seorang melibatkan mereka tinggal di Blok A17 hingga A20 Pangsapuri Puchong Prima.

Agihan tersebut dilakukan oleh Ahli Majlis, Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Zon 14, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Aniza Jamaluddin bersama ahli jawatankuasanya. 

Sekalipun agihan  tersebut ringkas tetapi berjalan dalam suasana mesra dan harmoni.


Govind Singh Deo (kanan) menyampaikan bantuan barangan keperluan asas kepada salah seorang penduduk Pangsapuri Teratai@Lutos.Puchong Prima .


Pada hari yang sama, 30 orang penduduk  di Pansapuri Teratai@Lutos, Puchong Prima menerima sumbangan bantuan PKP yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo. Bantuan barangan keperluan asas merupakan peruntukan daripada Ahli Parlimen tersebut.

Sementara itu, di Balai Masyarakat, Jalan Perdana 4/2, sejumlah 22 keluarga dari Pangsapuri Perdana, Puchong Perdana menerima bantuan bakul makanan yang merupakan barangan keperluan asas berikutan PKP.


Salah seorang petugas (kanan) membahagikan pek barangan makanan asas kepada penduduk Pangsapuri Mawar Jaya.


Ahli Majlis MPP Zon 13 MBSJ, Mohd Fitri Jamaluddin menyampaikan sumbangan tersebut kepada mereka yang terdiri daripada golongan B40, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Terdahulu, seramai 50 keluarga yang tinggal di Pangsapuri Mawar Jaya menerima sumbangan pek bekalan makanan asas dan 150 keluarga dalam kawasan MPP Zon 19 menerima sumbangan pelbagai jenis sayuran dan semburan aerosol.

Ahli Majlis MPP Zon 19 MBSJ, M. Ambarasan a/l Murugesu menyampaikan kedua-dua sumbangan bantuan tersebut yang berlangsung di Perkarangan Pangsapuri Mawar Jaya dan Di Dewan Orang Ramai Dr George, Taman Equine, Seri Kembangan. - KitaReporters


Salah seorang penduduk dari kawasan MPP Zon 19 menerima sumbangan pelbagai jenis sayur yang diadakan di Dewan Orang Ramai Dr.George, Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.

0
0
0
0
0

Copy Link: