Video| Imam, janda ditangkap khalwat di pekarangan masjid! Dinikahkan dengan mas kahwin RM60!

Published by
KitaReporters


IMAM adalah individu yang disegani penduduk setempat dan sering diminta menyelesaikan sesuatu perkara yang berlaku dalam masyarakat termasuk menyelesaikan masalah mengenai maksiat.

Namun terdapat individu yang menjejaskan jawatan dan kedudukan imam apabila si imam itu sendiri yang membuat maksiat. Dan perkara itu berlaku di Aceh iaitu wilayah yang diberi autonomi di Indonesia bagi menjalankan hukum Islam.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan khalwat:

https://kitareporters.com/search?search=khalwat


Imam dan seorang janda dikahwinkan oleh penduduk kampung setelah mengaku melakukan maksiat. - Kredit foto: Serambi Indonesia


Menurut laporan Serambi Indonesia, seorang imam kampung dikenali sebagai IL, 33, diberkas oleh sekumpulan penduduk kampung Tangsilama, Kecamatan Serawang, Aceh Tamiang, Aceh sedang berkhalwat dengan seorang janda dikenali sebagai LI di dalam kereta milik si imam. 

Perbuatan itu disedari sekumpulan penduduk dan melihat imam dan janda itu sedang melakukan perkara tidak sopan dalam kereta milik imam itu.

IL dan LI dipercayai mempunyai hubungan sulit menyebabkan sejumah penduduk cuba memerangkap kedua-duanya. Ia bermula pada malam Khamis, 4 Februari 2021 lalu.



LI didapati mundar-mandir di depan kedai fotostat sebelah masjid  dan tidak lama kemudian masuk ke lapangan masjid dan menuju ke kereta milik si imam.

Sekumpulan penduduk itu memerhati tidak jauh dari kereta itu dan mendapati si imam itu ada di dalam. Mereka memerhati beberapa ketika dan mendapati kereta itu bergoyang-goyang.

Menyedari perbuatan mereka diperhati, si imam memecutkan kenderaan menuju ke kawasan balai pengajian yang dikelola oleh imam itu. Ia disusuli kumpulan penduduk kampung itu.



Di kawasan itu si imam dan janda itu meneruskan aksi sumbang mereka dan beberapa minit kemudiannya kumpulan orang kampung itu mengetuk cermin kereta menyebabkan kedua-duanya bergegas mengenakan pakaian masing-masing.

Imam dan janda itu ditahan dan penghulu kampung dihubungi.

Kedua-duanya dibawa ke Masjid Al-Marttaain dan hasil rundingan bersama antara penghulu dan ahli jawatankuasa masjd, disepakati imam dan janda itu perlu dinikahkan dengan mas kahwinnya Rp200 ribu (kira-kira RM6O).

Imam berusia 33 tahun itu sudah beristeri dan mempunyai 4 anak, sementara janda berusia 39 tahun tu juga mempunyal 4 cahaya mata. Akhirnya kedua-duanya rasmi dinikah.

Kisah perkahwinan imam dan janda ini menjadi heboh dalam kalangan penduduk di Tangsilama. Akibat melakukan kemungkaran, IL dipecat sebagai imam.

Ia menjadi pedoman bagi individu yang diberi jawatan penting dalam agama agar dapat mengawal perlakuannya agar tidak mencemarkan jawatan yang dipegang. - KitaReporters


24
14
13
21
19

Copy Link: