PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tekad memperjuangkan alam sekitar daripada terus dirosakkan oleh tangan-tangan tidak bertanggungjawab.

Tengku Hassanal menzahirkan iltizam itu menerusi sebuah catatan dalam laman Instagram (IG) dengan bait-bait itu jelas memaparkan apa yang terselindung di sanubari baginda.

"Rintihan bumi sudah kudengari

Walau ada bisikan minta menyerah

Walau halangan datang membanjiri

Tiada noktah dalam memperjuangkan alam sekitar

Kian hari, ku menjadi matamu

Memulih apa yang menghantuimu

Cekal terus ku tempuhi ku hadapi

Jantung hijau Pahang akan menjadi realiti

Walau bertahun bersilih datang dan pergi

Perjuangan ini mohon diredhai

In shaa Allah

Terus Makmur Oh Darul Makmur"




Bait-bait puisi itu cukup menampakkan luhurnya jiwa Tengku Hassanal dalam memperjuangkan isu-isu alam sekitar yang bukan sahaja di Tasik Chini malah seluruh negeri Pahang.

Semoga hasrat baginda dipermudahkan dan dijayakan bersama-sama kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mengekalkan keindahan alam semula jadi pada masa depan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

27
4
0
1
0

Copy Link: