Ar-Rahnu X'Change Bandar Baru Selayang salurkan bantuan We Care! Untuk ibu dan bapa tunggal!
Published bySEBAHAGIAN besarnya penerimanya adalah ibu tunggal. Kebanyakan mereka tidak bekerja dan bergantung kepada anak-anak yang menyara kehidupan mereka.
Sementelah wabak Covid-19 yang melanda sejak tahun 2020 lalu, ramai anak mereka pula diberhentikan kerja dan tidak kurang pula dibayar separuh gaji separuh.
Ada juga bapa tunggal yang menerima bantuan itu dan menghantar wakil, dua anaknya. Bapa tunggal itu mempunyai dua anak cacat dan bekerja mengambil upah menyara empat anaknya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu tunggal
Sebahagian daripada penerima bantuan bersama Zurina Che Soh (dua dari kanan).
Ini adalah antara kisah lara kehidupan sebahagian daripada pelanggan dan warga asnaf yang disenaraikan untuk menerima bantuan barangan keperluan dapur sumbangan Ar-Rahnu X'Change Bandar Baru Selayang di bawah program We Care.
Sumbangan dalam bentuk beras, gula, tepung gandum, sardin, kacang hijau dan susu yang disampaikan oleh Pengurus Ar-Rahnu X'Change Bandar Baru Selayang, Zurina Che Soh.
Sila-sila.... Seorang penerima, Jega bersama anak perempuannya.
Zurina berkata sumbangan itu diberikan sejak tahun 2020. Kedai pajak gadai patuh syariah yang diwakilinya sebelum ini menerima baget M3,000 untuk membeli membeli barang-barangan itu.
Tahun 2021 ini bantuan dinaikkan kepada RM5,000 dan diagihkan kepada tiga pertubuhan termasuk Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah (Pkuf) dan NGO mewakili Majlis Perbandaran Selayang dan satu lagi diwakili Penasihat Pertubuhan Hati Nurani, Datuk Muhamad Naim Mohd Nor.
Murniati Usman mewakili Pkuf dan sumbangan itu diagih-agihkan kepada pekerja kontrak yang tidak dapat bekerja apabila sektor pembinaan ditutup.
Datuk Muhamad Naim menyerahkan sumbangan yang diterima.
"Barang-barang bantuan ini akan dipamerkan di sudut khas dan kami mengutamakan pelanggan yang datang mengadai barang-barang kemas untuk mendapat bantuan ini. Ini berpandukan kepada borang maklumat, kami melihat kepada pendapatan.
"Kalau pendapatan mereka di bawah RM1,000 memang kami akan memberikan satu set barangan ini. Malah ada pelanggan yang tidak tahu kami menyediakan sumbangan.
"Sambil memproses gadaian barangan kemas itu, mereka ceritakan anak-anak diberhentikan kerja. Suami pula sakit dan barangan kemas dalam sebentuk cincin atau leher yang kecil saja yang ada untuk digadai.
"Bila selesai kami akan menyerahkan infak ini dan kadang-kadang jelas mereka agak terkejut sambil mengucapkan alhamdulillah," katanya.
Manakala tiga pertubuhan badan sukarela itu diberikan 17 kampit beras, 60 tin sardin, 30 kilogram tepung gandum, 48 tin susu dan 17 kampit kacang hijau. Bantuan juga ini secara peribadi dan penerimanya adalah daripada berbilang bangsa. - KitaReporters
Untuk asnaf di Bandar Country Homes. Murniati (kiri) menerima sumbangan daripada Zurina.