Video| Wanita warga emas sanggup kahwin dengan lembu! Percaya haiwan itu jelmaan mendiang suami!

Published by
KitaReporters

KHIM Hang sedang membelai 'suaminya' selepas melangsungkan perkahwinannya dengan seekor lembu. - Kredit foto: The Sun


PERKAHWINAN sesama manusia adalah sudah menjadi kebiasaan tetapi yang agak pelik apabila seorang wanita warga emas di Kemboja membuat keputusan untuk berkahwin dengan seekor lembu setelah percaya haiwan itu adalah roh jelmaan suaminya yang sudah meninggal dunia pada tahun 2020.

Wanita berkenaan yang bergelar nenek beranggapan haiwan yang dinikahi itu baru-baru ini adalah roh jelmaan suaminya,  mendiang Tol Khut yang sudah meninggal dunia akibat sakit tua.


 Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan


SANAK saudara Khim Hang sedang beramah mesra dengan 'suami' nenek di atas rumah. - Kredit foto: The Sun


Khim Hang, 74, percaya kerana lembu itu seperti sikap suaminya apabila haiwan berkenaan menjilat rambut, leher dan menciumnya.

Sebuah video kisah itu telah tersebar memaparkan seorang wanita terbabit yang tinggal di Wilayah Timur Laut Kratie, Kemboja kini sedang hidup ‘bahagia’ bersama pasangan haiwan itu.

Upacara perkahwinan berkenaan agak pelik itu tidak ditayangkan dalam video tersebut tetapi penduduk kampung yang hadir di majlis itu mengaku pernikahan wanita itu dengan lembu terbabit telah dijalankan.

Khim Hang membawa pulang lembu itu ke dalam rumahnya untuk memandikannya dan menyediakan tempat tidur yang selesa berserta dengan tilam dan batal.



"Tilam itu sama yang biasa digunakan nenek itu bersama suaminya sebelum meninggal dunia.

‘’Wanita itu percaya lembu itu seolah-olah roh mendiang suaminya kerana perangai serta tingkah laku haiwan itu seperti suaminya yang selalu suka menciumnya sebelum tidur," menurut laporan media.

Tilam itu sama seperti yang digunakan oleh mendiang suaminya dan Khim Hang gembira kerana roh suaminya telah datang bersamanya apabila lembu itu bermesra serta bermanja (mencium dan menjilatnya) .

Haiwan itu turut mengekori wanita itu masuk ke dalam rumahnya menyebabkan nenek itu amat yakin serta percaya telah diwujudkan untuk hidup semula bersamanya meskipun pada hakikatnya suaminya sudah tiada lagi di dunia ini.



‘’Saya percaya haiwan itu merupakan suami saya kerana apa yang dilakukan lembu itu meyerupai perangai suami saya yang sering dilakukan terhadap saya semasa dia hidup,’’ katanya.

Situasi yang dilalui itu disifatkan sebagai tuhan telah mengutuskan haiwan itu adalah suaminya yang dihidupkan semula untuk tinggal bersamanya. - KitaReporters


15
21
0
10
4

Copy Link: