Gara-gara pulang lewat ke rumah! 2 kanak-kanak dikahwinkan!
Published byGARA-GARA pulang lewat ke rumah, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dikahwinkan dengan remaja lelaki berusia 16 tahun. Kejadian yang berlaku di Lombok, Indonesia itu tular dalam media sosial dan menjadi bualan penduduk setempat. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:
https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan
Kanak-kanak perempuan tersebut, Nurherawati yang berasal dari Desa Bonjeruk, Kecamatan Jonggat, Lombok Tengah telah dikahwinkan dengan Suhaemi, seorang remaja dari Dusun Montong Praje Timur Desa Pengenjek pada 12 September 2020 yang lalu.
Selain usia yang masih muda dan di bangku sekolah, perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai kerana dikhabarkan Nurherawati tidak diterima oleh keluarganya setelah didapati keluar berhibur bersama remaja lelaki berkenaan. Dipendekkan cerita, keluarganya marah kerana anak perempuan mereka pulang lewat ke rumah.
Menurut Suhaemi, dia mengambil Nurherawati di tepi
jalan depan Puskesmas Bonjeruk untuk pergi berhibur ke Wisata Abangan Desa
Pringgarata. Namun, mereka pulang lewat iaitu hampir maghrib dan menyebabkan
ayah Nurherawati marah dan tidak menerima kepulangan anaknya.
“Saya hantarkan dia pulang, tapi ayahnya tidak menerimanya,” ujarnya. Kemudian dia membawa Nurherawati yang baru empat hari dikenalinya ke rumah makciknya tetapi tetap ditolak.
“Ayahnya tetap menolak dan menghantarkan kepada saya, sehingga kami terpaksa berkahwin,” terangnya.
Sementara itu, Mahrun selaku bapa saudara Suhaeimi
menjelaskan apa yang diceritakan oleh anak saudaranya itu adalah betul. Katanya
dia sudah berunding dengan pihak keluarga perempuan untuk membatalkan
perkahwinan kerana masih di bawah umur.
Malangnya, wali daripada pihak perempuan tetap menolak
untuk membatalkan perkahwinan. Perkahwinan harus diteruskan kerana mereka
percaya sia-sia dipisahkan kerana anak perempuannya tetap akan balik ke sana.
Tegas ayah Nurherawati, dia tidak akan menerima anaknya itu jika tidak dikahwinkan. Nak tak nak, akhirnya mereka tetapi dikahwinkan. - KitaReporters