Skuad muda mula dengan langkah kanan! Bernasib baik! Masih banyak yang perlu dibaiki, diperkemas!

Published by
KitaReporters


Kredit foto-foto: FB Football Association of Malaysia


SKUAD muda Malaysia bermula langkah kanan apabila berjaya mengalahkan Thailand 2-1 dalam saingan Kumpulan B di Stadium Thien Truong, Vietnam malam tadi (7 Mei 2022).

Ketinggalan pada separuh masa pertama hasil jaringan Patrik Gustavsson pada minit ke-33, namun Malaysia berjaya bangkit untuk kutip 3 mata penting hasil jaringan Danial Asri pada minit ke-66 dan jaringan minit terakhir perlawanan daripada pemain gantian, Nur Azfar Fikri Azahar


Lagi



Meskipun mencatat kemenangan, namun Malaysia dilihat lebih 'luck' (bernasib baik) dalam perlawanan ini kerana Thailand bermain hanya 10 pemain sahaja

Jika tiada layanan kad merah, skuad kendalian Brad Maloney mungkin perlu lebih berhempas pulas dalam mencari jaringan.

Malaysia perlu memperkemaskan semula permainan jika ingin merangkul ibu segala pingat dalam kejohanan Sukan SEA Ke-31 kerana permainan dalam perlawanan pertama begitu longgar dari pelbagai posisi. 



Deretan demi deretan peluang terhidang namum pemain Malaysia gagal menterjemahkan dalam bentuk jaringan dan kredit juga perlu diberikan kepada ketua pasukan Thailand, Kawin Thamsatchanan yang banyak menyelamatkan gawang Thailand dari dibolosi. 

Malaysia akan turun dalam perlawanan kedua menentang Laos pada 11 Mei 2022 ini. Malaysia perlu mencatat kemenangan bagi mencerahkan lagi peluang ke separuh akhir. - KitaReporters


11
12
0
15
0

Copy Link: