DIDUGA saat mahu mendirikan rumah tangga, perniagaannya terpaksa ditutup apabila kasut sukan yang diedarkan ke sekolah tidak lagi terjual menyebabkan dia nekad menjual perabot pejabat termasuk kerusi meja dan barang-barang dijual demi mengumpul duit hantaran.

Keadaan yang dilalui itu mendorong seorang anak muda Md Zumierul Mat Rozaimi untuk terus cekal mencuba biarpun berkali-kali jatuh dan bangun berniaga.

Tak cukup menampung wang belanja kahwin, nasib baik ada neneknya yang sanggup "meminjamkan" wang bagi membolehkan majlis itu berlangsung dengan jayanya. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejayaan

Jom belia belajar berniaga dengan kemahiran berkomunikasi dengan sistem pemasaran yang berkesan di Ade Academy.


Dan sejak hari itu, Zumierul tidak segan silu mencuba berniaga dari menjual minyak wangi, kasut sukan, menjual produk perawatan diri, menjadi ejen kereta terpakai serta menjual alat telekomunikasi. 

Keperitan yang dilalui sepanjang menjadi usahawan yang lebih banyak menyaksikan kegagalan demi kegagalan itu menjadikan dia begitu bijak menguasai skil pemasaran sehinggalah menemui pemilik penerbitan kitab al-Quran premium nombor 1 di Malaysia, Ade Azhar Trading (AAT) yang memberinya peluang untuk mengasah bakat dan membimbing anak-anak muda berniaga.

Zumierul atau lebih dikenali sebagai Abang Amirul dalam kalangan belia akhirnya menjadi antara individu yang berjaya digilap dengan AAT untuk menjadi rakan niaga dan Pengurus Syarikat Penerbitan Ade Azhar Trading cawangan Kuala Lumpur, sekali gus menjadi tenaga penggerak utama kepada Ade Academy milik Ade Azhar Empire bagi melatih anak-anak muda yang tidak mempunyai pendidikan untuk berniaga.



Akademi ini ditubuhkan oleh Ade Azhar Trading, yang bermula di Shah Alam dengan terbabit dalam penerbitan kitab Al-Quran terbaik itu dan kini mempunyai tujuh anak syarikat pemasaran.

Sejak ditubuhkan pada 2017, lebih 300 anak-anak muda dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun berjaya dilatih dengan pelbagai skil berniaga di bawah Ade Academy untuk dijadikan sebagai rakan niaga AAT.


Segala-galanya percuma untuk latih anak-anak muda jadi peniaga berjaya.


Kata Zumierul, AAT kini mencari belia yang tiada sijil pendidikan yang mahu membina tapak perniagaan tanpa modal dan mendapat bimbingan percuma dalam kemahiran pemasaran, komunikasi, pengurusan dan membina pasukan berniaga, ilmu jualan offline (luar talian) serta latihan selama enam bulan secara percuma dengan kemudahan asrama, elaun dan yuran percuma.

"Kami akan melatih anak-anak muda secara teori dan pratikal. Mereka akan didedahkan dengan motivasi berniaga dan diajar di lapangan cara-cara berniaga selama enam bulan di akademi milik Ade Azhar Empire, di Jalan Pelabur Seksyen 23, Shah Alam. 

"Pelbagai insentif diberikan termasuk komisen yang sangat lumayan dan cuti dalam dan luar negara sebagai ganjaran tambahan," katanya sambil menambah pelatih ini akan boleh ditawarkan menjadi pengurus kedai yang bakal dibuka di seluruh negara.


Kita boleh..


Menceritakan pengalamannya, Zumierul berkata pada kala dunia dilanda wabak COVID -19 dua tahun lalu dan saat ramai anak muda menjadi pengganggur, AAT melalui proses berkembang dengan pesat membangunkan anak-anak muda Islam menjadi rakan perniagaan menerusi skil latihan kemahiran menguasai komunikasi dan kaedah perhubungan awam yang mantap.

"Sebelum ini kami berniaga secara semuka. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, AAT terus cemerlang bila membuka potensi berniaga secara dalam talian. Kita mengembangkan sistem telemarketing yang sewaktu dulu sangat popular dan menghubungi pelanggan melalui WhatsApp yang mendapat sambutan luar biasa. 

'Setakat ini AAT sudah membuka cawangan di Ipoh, Bangi, Putrajaya dan Setia Alam dengan setakat ini lebih 300 belia sudah dilatih. Peringkat awal kita bagi pelatih ini minyak wangi berharga RM10 untuk 'asah lidah' mereka berniaga," katanya. 


Sebahagian belia yang mengambil bahagian dalam seminar


Zumierul yang hanya berkelulusan sekolah menengah saja mula berniaga dengan menjual minyak wangi selepas tiga bulan menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan dalam masa yang sama juga, dia mula berjinak berniaga lain dengan menjaul pakej Unifi dengan komisen RM30 bagi satu unit dalam masa setahun komisennya boleh menjangkau hingga RM8k. Ketika itu dia baru berusia 20 tahun.

Cabarannya bermula apabila produk minyak wangi itu ditutup dan pakej Unifi sudah ramai dimiliki dan dia mendapat peluang berniaga di sebuah syarikat jualan langsung. 

Bagaimanapun selepas tiga tahun mencatatkan kejayaan demi kejayaan, akhirnya Zumierul memutuskan beralih ke bidang lain selepas kegagalan syarikat berkenaan meneruskan operasinya.



Dia kemudian berniaga secara bersendirian, menjual mesin pengisar jus buah-buahan, bateri pengecas telefon, dan produk minyak wangi sehingga dibantu oleh kawan baiknya yang terbabit dalam bidang pembinaan untuk melabur dalam perniagaan kasut. 

Dia berhasil membuka sebuah pejabat dan mempunyai enam kakitangan untuk membantu mengedar kasut sukan ke semua sekolah.

Namun ujian yang bertalu-talu itu tidak mematahkan semangatnya. Apabila semuanya menemui kegagalan, Zumierul kemudian melihat pemilik AAT, Ade Azhar Ismail bersama rakannya membuat siaran langsung mengenai penjualan biskut dan dia mula menghantar komen dengan harapan mendapat janji temu. 

Kata pepatah, jika sudah tercatat rezeki menyebelahinya, dia mula mendapat perhatian "orang kuat" ATT yang mahu bertemu dengannya untuk bersembang santai.

Dan di sinilah bermulanya kehidupan baru Zumierul menjadi pembimbing anak-anak muda berniaga sambil berdakwah. -KitaReporters


14
14
0
11
0

Copy Link: