Jangan kunjungi rumah ibu! Buat video call je! - Rosyam Nor
Published by
Gambar kain rentang itu diperlihat dalan entri Instagramnya @Iamrosyam.
Dalam kain rentang itu ditulis kata-kata: “Kami keluaga Biahsudin (Wok) mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, mohon maaf tahun ini kami sekeluarga tidak terima kunjungan, video call aje."
Menurut Rosyam, jarak rumahya dan ibunya hanya sekitar 10 minit berjalan dan kesemua adik beradik tinggal di Kuala Lumpur, namun mereka sepakat tidak balik ke rumah emak mereka mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar golongan warga emas diberi lebih pengawasan ketika Covid-19 masih merebak.
Langkah gantung banner itu terpaksa dilakukan, bukan sahaja mengelak jiran-jiran sekampung datang, malah turut mengelak saudara mara yang lain datang.
“Sebab kalau raya rumah mak aku jadi tumpuan beratus-ratus anak cucu, anak cucu saudara.
"Sebab dalam keluarga mak aku dia saja yang masih hidup. Jadi anak cucu semua akan datang bertandang.
"Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama," kata Rosyam dalam entri IGnya itu. - KitaReporters
@iamrosyam : Selamat Berbuka
#GiveWithIkhlas oleh @ikhlasdotcom dengan kerjasama @strosyammart memberikan sumbangan. Peruntukan RM50,000 dari jumlah sumbangan yang diperoleh telah digunakan untuk membeli keperluan asas dari ST Rosyam Mart yang telahpun diberikan kepada 1,000 keluarga dari pelbagai komuniti, termasuk ibu tunggal, NGO terpilih, masjid dan persatuan penduduk.
TERIMAKASIH Datuk Kamarudin Meranun @din.meranun Executive Chairman AirAsia Berhad dan En Ikhlas n team dari @ikhlasdotcom kerana sudi hadir menyampaikan sumbangan.
Semoga kerjasama bersama @strosyammart ini akan terus bejalan dimasa akan datang
REZEKI ALLAH #givewithikhlas Donate now atau Derma Sekarang givewith.ikhlas
DONATE here: givewith.ikhlas.com