PELAWAK veteran Indonesia, Nurul Qomar, 60, lebih dikenali sebagai Qomar terpaksa menjalani hukuman penjara selama dua tahun mulai semalam, 19 Ogos 2020 setelah Mahkamah Agung negara itu menolak rayuannya. Qomar dijatuhi hukuman kerana melakukan penipuan untuk mendapat jawatan Rektor Universiti Muhadi Setyabudi (UMUS) Brebes, Jawa Tengah pada  tahun 2017. : KitaReporters 

Qomar tetap ketawa kepada orang ramai apabila dibawa ke van untuk dibawa ke penjara Brebes, Jawa Tengah. - Kredit foto: Matamata.com


Lagi cerita-cerita dari Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Dilaporkan bahawa Qomar berjaya menjawat sebagai rektor UMUS selama 10 bulan melalui ijazah palsu itu. Dia sepatutnya menjadi Rektor UMUS selama lima tahun mulai 2 Februari 2009 hingga 2021. Namun dia terpaksa melepaskan jawatan pada 14 November 2011.

Qomar ketika berada di dalam van banduan untuk dibawa ke penjara. Kredit foto matamata.com

Jawatannya terbatal setelah gagal mengemukakan ijazah asli seperti dikehendaki oleh pihak pengurusan. Penipuan itu kemudian dilapor oleh pihak pengurusan hingga kes berkenaan dibawa ke muka pengadilan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun. Namun Qomar mengemukakan rayuan bagi membatalkan hukuman itu. 

Pada akhirnya, Mahkamah Agung menolak rayuan itu yang menyebabkan Qomar perlu menjalani hukuman penjara sebagaimana yang diputuskan.

Qomar memperlihatkan tangannya yang digari kepada orang ramai yang menyaksikan penahanannya. - Kredit foto; matamata.com


Qomar merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak Empat Sekawan sejak tahun 1970-an.

Dalam bidang politik, Qomar pernah menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal dari 2004 hingga 2014 mewakili parti Nasonal Demokrasi (NasDem), dan kemudian menjadi wakil rakyat peringkat negeri. - KitaReporters

0
0
0
1
2

Copy Link: