Mula-mula BBB diserbu! Kemudian Elewsmart di Kajang! Esok?
Published by
KitaReporters
--title--
PEMBUKAAN kedai runcit Elewsmart milik pendakwah, pakar motivasi dan ahli perniagaan terkenal Ustaz Ebit Lew yang menawarkan barangan runcit berharga murah memang dinanti-nanti orang ramai dengan perasaan teruja. Yang pertama dibuka di Bandar Baru Bangi. Yang kedua di Kajang. : KitaReporters
Ini terbukti apabila masyarakat dari segenap lapisan dan golongan sedia berbaris panjang ribuan meter bagi menunggu pembukaan cawangan pertama di bandar Baru Bangi (BBB) pada Sabtu,18 Julai dan cawangan kedua di Kajang semalam Ahad, 19 Julai 2020.
Dalam pada itu, Ebit terus diberi ucapan tahniah oleh para pengunjung, manakala dia yang memakai kurta, pula tidak lekang tersenyum melayan para pengunjung pelbagai keturunan dan pelbagai peringkat umur yang sedang berbaris.
Berdasarkan sambutan hangat di BBB dan Kajang Perdana, perkara yang sama dijangka berlaku di sembilan premis lain yang bakal dibuka setiap minggu.Pada minggu-minggu berikutnya premis akan dibuka di Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong, Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.
Bagi setiap cawangan, Elewsmart menawarkan 300 unit barangan pada harga istimewa bawah harga pasaran.Sambutan hangat masyarakat itu membuat pemilik Elewsmart, Ebit Lew sebak dan sayu.
Setiap cawangan mempunyai bank makanan (bank food) untuk diberi ke pihak yang memerlukan. Setiap cawangan juga perlu mempunyai rumah kebajikan angkat.Seperti berulang kali ditegaskan oleh Ebit bahawa penubuhan Elewsmart, bukan untuk mencari keuntungan. Sebalknya membantu masyarakat golongan sederhana dan berpendapatan rendah mendapat keperluan hidup harian sekeluarga pada harga lebih mampu. Ia adalah salah satu sumbangan amal Ebit untuk masyarakat.
Kemunculan Elewsmart menjadi alternatif masyarakat membeli barangan keperluan harian pada harga lebih mampu beli.Terima kasih kepada insan berhati mulia seperti Ebit Lew dan didoakan semoga lebih ramai insan sedemikian akan muncul membantu masyarakat awam dengan menggunakan harta dimiliki untuk membantu orang lain.
Sebahagian orang ramai mengambil kesempatan bergambar dengan ustaz Ebit Lew di depan Elewsmart, Kajang. - Kredit foto: FB Ebit Lew
Kredit foto: FB https://www.facebook.com/elewsmart
Ini terbukti apabila masyarakat dari segenap lapisan dan golongan sedia berbaris panjang ribuan meter bagi menunggu pembukaan cawangan pertama di bandar Baru Bangi (BBB) pada Sabtu,18 Julai dan cawangan kedua di Kajang semalam Ahad, 19 Julai 2020.
Premis itu terletak di Seksyen 9, 43650 BBB dan Kajang Perdana.
Orang ramai turut diberi minuman percuma oleh Ebit ketika menunggu untuk masuk ke premis di Kajang
Dalam pada itu, Ebit terus diberi ucapan tahniah oleh para pengunjung, manakala dia yang memakai kurta, pula tidak lekang tersenyum melayan para pengunjung pelbagai keturunan dan pelbagai peringkat umur yang sedang berbaris.
Dia turut memuat naik video yang menunjukkan ribuan orang ramai berbaris panjang itu dalam akaun Instagramnya, @Ebitlew.
Pengunjung terdiri daripada berbilang kaum turut menerima hadiah istimewa daripada Ebit.
Berdasarkan sambutan hangat di BBB dan Kajang Perdana, perkara yang sama dijangka berlaku di sembilan premis lain yang bakal dibuka setiap minggu.
Sekeluarga datang ke ElewMart untuk berbelanja
Bagi setiap cawangan, Elewsmart menawarkan 300 unit barangan pada harga istimewa bawah harga pasaran.
Dia menulis: "Doakan ye. Terharu syukur ramai bersama di Elewsmart ttdi grove Kajang. Promosi khas untuk 300 tu sekejap je habis. Kami tambah selagi ada stok mungkin sampai malam ini.
"Senyumanmu kebahagiaan kami. Besar nilainya. Doakan ye. Terima kasih semua. Kita sebuah keluarga besar.
Elewsmart Kajang. Saudaraku, Murah."
Ebit menyantuni ayahnya yang turut mengunjungi Elewsmart di Kajang, selepas bersama di Bandar Baru Bangi sehari sebelum itu.
Setiap cawangan mempunyai bank makanan (bank food) untuk diberi ke pihak yang memerlukan. Setiap cawangan juga perlu mempunyai rumah kebajikan angkat.
Dia juga berhasrat untuk mengembangan cawangan Elewsmart ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
Ebit Lew melayani orang ramai yang terpaksa berbaris panjang untuk memasuki premis.
Kemunculan Elewsmart menjadi alternatif masyarakat membeli barangan keperluan harian pada harga lebih mampu beli.
Dalam postingan balas, banyak pengikut meminta Ustaz Ebit membuka Elewsmart di lebih banyak bandar di seluruh negara. - KitaReporters
0
3
0
0
0