Video| Budak-budak pun boleh buat! Inikan pula orang dewasa!? Menabung 10 bulan beli lembu korban!

Published by
KitaReporters


Di Indonesia, tular lagi berita sekumpulan budak sekolah kerana ingin melakukan ibadah korban sanggup menyimpan sebahagian wang belanja sekolah (jajan) selama 10 bulan untuk membeli lembu berharga Rp20 juta (kira-kira RM6 ribu).

Setiap seorang menyisihkan wang belanja harian sebanyak Rp9,500 (kira-kira RM2.81) sehari selama 10 bulan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan apa yang berlaku di Bogor


Setelah wang terkumpul mereka pergi ke pasar haiwan untuk membeli seekor lembu korban.

Mereka adalah Abu Bakar Sidiq,13; Zhilal, 11; Sauqi, 11; Fauzan Alfahri, 11; Sukatma, 12; Zalfa, 12; dan Yudi Pratama, 18, warga Kampung Arido, Kelurahan Cibogor, Bogor Tengah, Kota Bogor, Jawa Barat.   

Sejak mereka bertujuh melakukan ibadah korban pada tahun lalu, kawan sekampung ini yang menjadi anggota kumpulan marhaban mendapat rezeki tambahan apabila kumpulan marhaban mereka semakin popular dan kerap menerima undangan.

Mereka melakukan ibadah korban kali kedua setelah pertama kali melakukannya tahun lalu (2021) yang tular.


Kisah inspirasi bagi mengalak umat Islam setiap lapisan untuk melakukan ibadah korban. - Kredit foto: tribune news bogor


Kisah 7 sahabat sekolah ini tular lagi setelah kisahnya mula dimuat naik akaun Twitter @sayid_machmoed dan turut menjadi bahan pelbagai media.

Ia merupakan satu kisah inspirasi yang boleh menjadi perangsang kepada sesiapa yang ingin melakukan ibadah korban setiap tahun.

Jika ingin melakukan korban boleh menabung sedikit demi sedikit setiap hari. - KitaReporters

9
15
0
10
0

Copy Link: