Seorang lelaki warga emas mengahwini wanita muda, yang pada mulanya netizen sangka ayah kepada wanita berkenaan. - Kredit foto: Dari paparan video  TikTok akaun  @3010749009hesmi.


SEBUAH video tular yang dimuat dalam aplikasi TikTok oleh pemegang akaun @3010749009hesmi pada Rabu 24 Februari 2021 lalu menggemparkan penontonnya.

Ini kerana ia merupakan rakaman akad nikah secara online antara seorang lelaki warga emas dipercayai berusia lebih 60-an dengan seorang wanita muda dipercayai berusia 20-an.

Pada mulanya, para penonton beranggapan, lelaki berusia itu adalah ayah kepada pengantin perempuan.

Namun, dalam video itu jelas suara tok kadi menikahkan pasangan berkenaan dengan mas kahwin sebanyak RM300.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan




Tok Kadi itu berkata: “Abdul Razak bin Abdul…(saya)… ,  aku nikah akan dikau, aku kahwinkan akan dikau dengan Asniwaningsih yang telah berwakil wali adiknya kepadaku untuk menikahkan akan dia dengan mas kahwinnya RM300 tunai.”

Ia disambut segera oleh pengantin lelaki dengan berkata, “Aku terima nikahnya seperti yang tersebut."

Majlis akad nikah itu  berlangsung pantas kurang daripada seminit dengan pengantin lelaki melafaz akad dengan yakin tanpa teragak-agak.







Bagaimanapun pemilik akaun TikTok ini tidak menyatakan lebih lanjut mengenai tarikh dan di mana pernikahan ini berlangsung.

Ramai yang menonton video menyangka ayah (suami) itu hendak menjadi wali bagi anak perempuannya (isteri) yang akan dikahwinkan dengan pemuda yang duduk di sebelahnya. Sebaliknya si ayah itu yang bernikah.

Ramai yang tepuk dahi apabila mengetahui perkara sebenar, namun mengucapkan tahniah atas pernikahan itu.

Semoga jodoh antara kedua-dua suami isteri kekal hingga akhir hayat. - KitaReporters




1
1
2
0
1

Copy Link: