Video| Berebut rumah gara-gara isteri minta cerai! Suami ambil atap genting, pintu tingkap kayu!

Published by
KitaReporters

Barangan daripada kayu diangkut dengan lori dan dihantar ke rumah ibu bapa Agus Purwanto. - Kredit foto: Tribun Jatim


SEORANG isteri bernama Anjar Tsianawati pulang dari Hong Kong setelah menjadi Tenaga Kerja Wanita (TKW) di wilayah itu. 

Ketika masih berada di Hong Kong, Anjar sudah mengajukan permohonan cerai dan ketika kembali ke Indonesia kes perceraian tersebut masih di pejabat agama.

Kepulangan Anjar amat diharap oleh si suami Agus Purwanto dengan harapan pasangan suami isteri itu dapat kembali memulihkan hubungan yang retak.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perceraian

Anjar Tsianawati turut menyaksikan proses merobohkan rumah berkenaan. - Kredit foto: Akurat.com

Mediasi dilakukan, namun Anjar tetap nekad bercerai. Malah Anjar sepulang dari Hong Kong telah tinggal di rumah lelaki yang dipercayai kekasih baharunya di kampung bersebelahan.

Ketika proses perceraian masih berlangsung, kedua-duanya berebut sebuah rumah bernilai Rp400 juta (kira-kira RM120,000) yang tergolong sebagai kediaman mewah di Desa Carangrejo, Kecamatan Sampung, Ponorogo, Jawa Timur.



Beberapa pemimpin di kampung itu berusaha campur tangan agar kedua-duanya dapat berdamai. Namun Anjar tetap enggan bertolak ansur kerana rumah itu dibina atas tanah milik ibunya.

Geram dengan sikap Anjar, Agus mengambil tindakan nekad dengan "membongkarkan" rumah tersebut dengan bantuan sejumlah penduduk.

Agus mengambil beberapa barangan berharga daripada kayu seperti pintu tingkap termasuk atap genting yang diberi oleh ibu bapanya. Barangan itu kemudian diangkut dengan lori dan diletakkan di rumah orang tuanya di Desa Tulung, Kecamatan Sampung.


Sejumlah penduduk kampung membantu meruntuhkan struktur rumah yang menjadi rebutan. - Kredit foto: Tribun Jatim


Agus dan Anjar berkahwin kira-kira 10 tahun lalu tetapi tidak dikurnia anak. Anjar kemudian melamar kerja sebagai Tenaga Kerja Wanita di Hong Kong, manakala terpaksa melakukan beberapa pekerjaan buruh bagi mendapatkan pemndapatan.

Hasil pendapatan yang agak selesa di Hong Kong, Anjar mengirim sejumlah wang untuk membina sebuah rumah di atas sebidang tanah milik ibunya. 

Sementara itu, Agus yang tidak mempunyai pekerjaan tetap tidak mampu mengeluarkan bagi menyiapkan rumah itu. Jadi dia meminta ibu bapanya membantu. Lalu mereka memberikan sejumlah barangan rumah daripada kayu dan atap genting. 

Namun akhirnya, impian untuk hidup bersama dan sebuah kediaman selesa berkecai sama seperti berkecainya rumah itu.


Kepingan atap genting turut ditanggalkan penduduk. - Kredit foto: Tribun Jatim.


Tindakan Agus dan sejumlah penduduk kampung merobohkan rumah itu pada Rabu, 23 Jun 2021 menjadi tular setelah video membuka genting barangan rumah yang diperbuat daripada kayu itu dimuat naik dalam beberapa media sosial, juga dalam beberapa media internet.

Agus dan Anjar mengawasi kegiatan merobohkan rumah itu atas persetujuan bersama, manakala ratusan penduduk  hanya menonton dari kejauhan. - KitaReporters


0
0
0
1
1

Copy Link: