Video| Sebut betul-betul! Ramai salah sebut! Betul Disember bukan Dizember! Mana datangnya huruf Z?
Published byPernahkah anda mendengar pepatah ‘biasakan yang betul, betulkan yang biasa’?
Pepatah ini biasanya digunakan untuk membetulkan sesuatu yang masyarakat menganggapnya betul terutama dalam sebutan tetapi sebenarnya salah.
Kita sering menganggapnya betul kerana ia sudah menjadi sebutan turun-temurun namun sebenarnya ia salah. Ini terjadi kerana mungkin ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu sering berubah dari semasa ke semasa.
Contoh perkataan
yang sering disalah sebut, eja atau sebagainya ialah resepi yang sepatutnya
resipi, sambilewa yang sepatutnya sambalewa, redha yang sepatutnya reda.
Bagaimana pula dengan sebutan bulan Disember?
Inilah yang cuba dijelaskan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan media sosial ini untuk memberi ilmu baharu.
Dikenali sebagai Sheikh Raffie, dia cuba mendidik para netizen untuk menyebut sesuatu perkataan dengan tepat dan betul.
Dalam video yang
dikongsi, dia menjelaskan ramai rakyat Malaysia salah menyebut perkataan
Disember sama ada dalam bahasa Melayu (BM) atau Inggeris (BI).
“Sembilan per 10 rakyat Malaysia masih tak tahu sebut perkataan ini baik Inggeris ataupun bahasa Melayu. Dua-duapun salah. Ramai yang silap sebut.
"Sebutan yang betul untuk Disember ialah Disember. Mana ada huruf ‘Z’ dalam Disember. Begitu juga dalam BM tiada huruf ‘Z’. Namun ramai yang sebut ‘Dizember,” jelasnya.
Justeru, dia menekankan supaya orang ramai membetulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
Sementara itu, penjelasan tersebut mendapat reaksi dan perhatian para netizen. Video yag dikongsi ini mendapat 24.9k jumlah tontonan.
Ada juga netizen menakwa sebutan ‘Z’ itu digunakan dalam bahasa Jerman namun disanggah oleh Sheikh Raffie.
Tegasnya walaupun ejaan dalam bahasa Jerman menggunakan huruf ‘Z’, namun sebutannya tetap berbunyi ‘S’.
Ada juga sesetengah netizen memperlekeh ilmu yang dikongsi. Biasalah, kalau ilmu atau maklumat yang bermanfaat, sering tidak dipedulikan.
Cuba kalau gosip atau kisah rumah tangga artis, jawabnya berbulan-bulan tak habis lagi diperdebat dan dibincangkan. Fikir-fikirklah! - KitaReporters