Video| Lain daripada yang lain! Wanita bina kubur suami seperti rumah! Ada tilam, kipas, peti sejuk!

Published by
KitaReporters


Kasih sayang seorang isteri kepada suami walaupun insan tercinta itu sudah meninggal dunia menarik perhatian ramai. Dek kerana sayangkan suami, wanita itu menghias kubur suami tidak ubah seperti sebuah rumah.

Binaan itu bukan sahaja seperti sebuah rumah, malah isi dalamnya lengkap dengan peralatan rumah seperti kipas, peti sejuk dan tilam. 

Dari luar, pasti ramai menyangka ia sebuah rumah. Namun setelah memasukinya, maka akan terlihat sebuah kubur.

Dalam banyak kubur di kawasan perkuburan di pinggir laut Meti, Maluku Utara, Indonesia itu, kubur milik suami wanita itu paling menonjol dan kelihatan unik.



Dalam video yang dikongsi oleh akaun Instagram sedangrame, kelihatan binaan kubur seperti rumah dirakam oleh seseorang dipercayai isteri lelaki yang sudah meninggal dunia itu.

Dalam rakaman tersebut, wanita itu menunjukkan kubur suaminya. Berbeza dengan kubur lain, kubur suaminya tidak kelihatan seperti tanah perkuburan awam tetapi lebih kepada sebuah rumah.


Juga terdapat peti ais untuk tetamu menghilangkan dahaga.


Dikhabarkan wanita itu sengaja menjadikan kubur suaminya sebagai rumah singgah. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ziarah, malah sering menjadi tempat berkumpul keluarga.

Walaupun rumah merah jambu ini kelihatan biasa, namun berbeza sekali keadaan di dalamnya. Jelas kelihatan di dalamnya terdapat binaan kubur yang dikemaskan dengan jubin putih lengkap dengan batu nisan.



Di sekeliling batu nisan tersebut, kelihatan pemandangan unik seperti almari kaca yang mengandungi baju bola sepak dan beberapa keping gambar suaminya.

Rumah singgah ini bukan sahaja dilengkapi dengan kotak pameran kaca, tetapi juga mempunyai peti sejuk yang dipenuhi minuman berwarna-warni dan ais untuk keluarga yang datang berkunjung dan memerlukan minuman.

Di sudut lain, terdapat spring bed (tilam) dan kipas disediakan untuk keluarga yang ingin berehat.

Pemandangan di luar rumah singgah ini juga sangat menakjubkan, kerana selepas pintu dibuka, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah laut Meti, Maluku Utara. - KitaReporters


Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan indah laut Meti.

10
14
0
12
0

Copy Link: