Pasar Bunga Shah Alam 2023 berjaya dan meriah! Kurang sambutan ekoran cuaca hujan sebelah petang!

Published by
KitaReporters



Pasar Bunga Shah Alam (PBSA) 2023 yang berlangsung 5 hari dari 25 hingga 29 Oktober 2023 kurang mendapat sambutan daripada orang ramai kerana berdepan halangan cuaca, 

Hujan turun setiap petang dan menyukarkan mengunjung mengunjungi PBSA yang diadakan di tempat letak kereta Taman Persahabatan Selangor Jepun di Tasik Shah Alam. 

Walau bagaimanapun ia berlangsung dengan meriah dan ramai pengunjung berpuas hati dengan pelbagai spesis pokok bunga, peralatan landskap, barang pertanian dan orkid yang dijual di sana. 



Tahir Man 


Bekas Pengarah Jabatan landskap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Tahir Man yang sempat ditemui di Pasar Bunga berkenaan berkata, tempat pameran dan penjualan Pasar Bunga kali ini sangat menarik dan strategik. 

Dalam pameran itu juga terdapat banyak jenis tumbuhan, pokok bunga, sayur sayuran, buah buahan, baja, hasil seni dan kraf tangan serta barangan yang berkaitan pertanian, aksesori landskap dan bunga-bunga orkid yang pelbagai jenis ada di Pasar Bunga kali ini. 

Beliau berpuas hati dengan PBSA tahun ini yang kelihatan lebih menarik dan banyak gerai yang mengambil bahagian memeriahkan Pasar Bunga. 

Baginya, pemilihan PBSA  2023, di hadapan Taman Persahabatan Selangor- Jepun, Taman Tasik Shah Alam adalah satu tarikan kepada pengunjung Shah Alam. S

ecara tidak langsung ia juga dapat mempromosikan Taman berkenaan kepada pengunjung.


LAr Khairunnisa Mohd Zaini


Sementara itu Arkitek Landskap Kanan MBSA dan juga Pengurus PBSA 2023, LAr Khairunnisa Mohd Zaini memberitahu, bilangan pengunjung yang tidak seramai pada tahun lalu (2022) mungkin disebabkan oleh faktor cuaca dan kesuntukan masa mengunjungi pameran berkenaan. 

Menurutnya hari bekerja memang tidak ramai pengunjung ke pameran kerana ramai yang masih bekerja, tetapi sambutan agak baik pada hari Sabtu dan Ahad kerana pengunjung agak ramai datang ke pameran berkenaan. 

Namun bagi beliau, pameran tahun ini tetap meriah dan mendapat sambutan khususnya penduduk Shah Alam dan mereka  yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam seperti Klang, Subang Jaya dan Petaling Jaya.   





Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam Pasar Bunga kali ini, terutama pemilik gerai gerai dan pengunjung yang telah datang memeriahkan PBSA kali ini. 

Diharap dengan adanya pasar Bunga dan pameran orkid yang diadakan oleh Jabatan Landskap MBSA setiap tahun, ia akan menanam sifat cintakan persekitaran yang berwarna warni dengan menanam pokok pokok bunga serta menghiasi kediaman mereka dengan landskap yang indah dan menarik. 






13
9
0
11
0

Copy Link: