Kusangkakan intan rupa-rupanya kaca! Kusangkakan wanita rupa-rupanya lelaki tua berusia 53 tahun. 

Nak ketawa takut dosa tetapi itulah hakikat yang berlaku ke atas seorang lelaki berusia 35 tahun dari Kalimantan, Indonesia.

Kisahnya menjadi bualan dalam media sosial. Macam-macam taktik penipu zaman sekarang. Sebab itu, jangan mudah percaya cinta alam maya. 

Memetik laporan daripada portal Tribunnews, lelaki berkenaan telah memindahkan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah atau RM15,000 ke akauan bank ‘wanita’ bernama Arini Juwita yang dikenalinya dalam Facebook.

Oleh kerana dibutakan oleh cinta maya, lelaki berkenaan dengan yakin memindahkan wang sebanyak itu dengan niat untuk berkahwin dengan ‘wanita’ idamannya itu tanpa mengetahui dia telah ditipu.



Lelaki malang yang bekerja sebagai pelombong itu akhirnya menyedari dia telah kehilangan wang belasan ribu ringgit itu setelah identiti sebenar Arini Juwita terdedah.

‘Wanita’ yang berjaya menawan hatinya itu rupa-rupanya adalah seorang lelaki berusia 53 tahun dan berasal dari daerah Gowa, Sulawesi Selatan.

Kronologi kejadian ialah mangsa dan pelaku berkenalan menerusi media sosial. Kemudian pelaku berperanan sebagai muslimah (pelajar), menghafaz al-Quran, kemudian meminta mangsa berkahwin.

Mendapati mangsa memasuki jerat, pelaku meminta mas kahwin. Tanpa sebarang syak wasangka, mangsa dengan mudah memindahkan wang sebanyak itu ke dalam akaun pelaku. 

Kejadian berlaku pada Ogos 2023 dan kini pelaku telah ditangkap oleh polis kerana penipuan. - KitaReporters


Pelaku berusia 53 tahun ini sedang disoal siasat oleh polis.

5
11
2
15
0

Copy Link: