Video| Siapa kata pelajar tahfiz tiada masa depan? Wanita ini buktikan sebaliknya! Bekerja dengan KDN!

Published by
KitaReporters


Masih ada segelintir masyarakat kita terutama orang Melayu skeptikal akan peranan dan kelebihan sekolah aliran tahfiz atau lebih dikenali sebagai sekolah pondok. 

Sekolah ini dilaksanakan dengan gabungan antara hafazan al-Quran dengan pembelajaran agama menerusi kitab-kitab pondok. Aliran ini bertujuan melahirkan pelajar yang menghafaz al-Quran dan menguasai kitab-kitab pondok.

Golongan ini sering melabelkan pelajar-pelajar tahfiz tiada masa depan kerana sukar mendapat pekerjaan. 

Namun mereka lupa, rezeki bukan terletak pada tangan manusia tetapi milik Allah SWT. Justeru, tidak adil kalau mereka terus melekat dengan stigma tersebut.



Sebenarnya ramai bekas pelajar tahfiz berjaya mendapat pekerjaan di luar sana. Contohnya wanita yang dikenali sebagai Haaaneeemm ini. 

Dia menggunakan media sosial untuk berkongsi tentang kerjayanya dengan masyarakat agar lebih ramai tahu.

Sebagai bekas pelajar tahfiz, dia kini bekerja di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau dan memeriksa ayat-ayat al-Quran yang dijual di kedai buku. Tugasnya di KDN adalah memastikan ayat-ayat al-Quran dicetak dengan betul.

Dalam satu video yang dikongsi, kelihatan dia sedang memeriksa ayat-ayat al-Quran untuk memastikan ia betul.



“Sambil kerja sambil tadarus. Ada hikmahnya. Syukur alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu menarik perhatian para netizen. Ramai yang baru tahu akan jawatan tersebut. “Wah, baru tahu ada job scope macam ni. Tahniah kak,” tulis salah seorang netizen.


 


Ada juga yang bertanya adakah al-Quran yang dijual di kedai perlu disemak satu-satu persatu sehingga 30 juzuk. 

Menurut Haaaneeemmm, mereka ada petugas khas untuk melakukan tugas tersebut.  “Kalau boleh. Tapi nak semak 30 juzuk di situ juga tak sempat. KDN sendiri ada ahli lajnah tasyeh al-Quran yang semak 30 juzuk ini,” jelasnya. 



Sementara itu, ada juga netizen meluahkan rasa kesal kerana ada masyarakat yang tidak yakin dan memperlekehkan pelajar-pelajar tahfiz. Mereka mendakwa pelajar tahfiz tiada masa depan. 

“Nanti acik bawang kata hafaz al-Quran tiada masa depan. Aku bagi terus video TikTok ni. Kementerian Dalam Negeri kot,” tulis netizen tersebut bernada geram.


 


Manakala, ada yang lain-lain pula kagum dan mendoakan semoga wanita ini terus diberi kesenangan melakukan kerja-kerja ibadah ini.

“Saya doakan akak dimudahkan urusan, rezeki lancar tak putus-putus, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan keluarga yang sakinah mawaddah warahmah,” tulisnya. - KitaReporters



10
10
0
11
0

Copy Link: