,


Dalam kalangan masyarakat Jawa masih ada yang berkiblat kepada kepercayaan lama yang bersifat mitos dan boleh menjadi kurafat.

Antara perkara ditakuti ketika melakukan sebarang acara atau majlis ialah berlakunya hujan. Lalu ada dalam kalangan masyarakat Jawa menggunakan cara mistik iaitu menggunakan khidmat pawang hujan yang melafaz mantera tertentu.

Selain menggunakan khidmat pawang hujan, ada juga yang memakai petua tertentu dengan mengguna sesuatu alat yang boleh dianggap lucu atau tidak dapat diterima oleh akal.



Satu majlis perkahwinan berlangsung di sebuah kampung di Jember, Jawa Timur baru-baru ini gempar. 

Ketika majlis bersanding sedang berjalan dan makan-makan sedang berlangsung, turun hujan lebat yang boleh menjejas perjalanan majlis.

Ibu pengantin perempuan selaku tuan rumah mengarahkan anak perempuannya yang sudah siap memakai baju pengantin menanggalkan seluar dalamnya di hadapan tetamu lalu meminta seluar dalam itu dilempar ke aras atap rumah. 



Pengantin perempuan patuh pada arahan ibunya walaupun malu-malu. Dia kemudian kembali duduk di kerusi pelamin tanpa memakai seluar dalam.

Dan tidak sampai 5 minit, hujan reda. Ia mengejutkan para hadirin. 

Ramai terkesima akan ‘kemujarapan’ petua yang dianggap melucu dan memalukan itu. Sehingga ke malam tiada hujan turun di kawasan rumah pengantin.

Peristiwa itu tular setelah pertama kali dimuat naik dalam akaun Instagram @thinksmart pada Rabu 19 Februari 2025 dan diulang siar oleh sejumlah sosial media, selain juga turut menjadi bahan berita media cetak dan elektronik. - KitaReporters



13
12
0
13
0

Copy Link: