Terima kasih Malaysia! 13 tahun cari rezeki! Lelaki Nepal mampu bina istana di kampung! Beli kereta!

Published by
KitaReporters


Biasanya kita sering membaca berita mengenai tenaga pekerja warga asing Indonesia yang bekerja di Malaysia berjaya membina rumah di kampung halaman! Malah rumah yang dibina boleh dikategorikan sebagai rumah untuk golongan T20 kalau di Malaysia. Besar umpama istana!



Namun jarang sekali kita dengar atau terbaca kisah mengenai pekerja warga asing selain Indonesia yang berjaya membina rumah besar hasil bekerja di Malaysia. 

Benarlah, Malaysia merupakan lubuk rezeki buat para pekerja asing dari pelbagai negara terutama Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal dan lain-lain.



Mereka datang ke Malaysia meninggalkan keluarga dan sanak-saudara serta kampung halaman semata-mata mahu mencari rezeki. 

Mereka bukan datang untuk berseronok tapi betul-betul mencari duit untuk menampung kehidupan keluarga di kampung. Jadi, tidak hairanlah mereka bekerja ‘setengah mati’. Percaya atau tidak, ada kalangan mereka bekerja tanpa cuti.

Perkongsian daripada seorang pekerja warga asing dari Nepal (dilihat daripada tanda pagar #tiktoknepal) mengenai hasil pendapatannya selama 13 tahun bekerja di Malaysia mendapat perhatian netizen terutama rakyat Malaysia. 

Rata-rata kagum dengan kesungguhan dan kerajinan yang ditunjukkan oleh pekerja warga asing ini.



Berkongsi perjalanan (journey) kejayaan itu dalam TikTok, siapa sangka perkongsian tersebut mendapat sebanyak 238.5 ribu tontonan. Dia yang dikenali sebagai Subas berterima kasih kepada Malaysia. 

Kini tiba gilirannya untuk kembali ke kampung halaman setelah berbelas-belas tahun bekerja di negara orang.



“Saya tidak pernah bermimpi saya boleh mencapai apa sahaja yang saya miliki hari ini. Sudah hampir masanya untuk kembali.

"Terima kasih diri sendiri dan terima kasih Malaysia atas kebaikan anda. Saya hormati dan sayang anda. Terima kasih Malaysia!" tulisnya.



Paling mendapat perhatian dalam perkongsian tersebut apabila dia berjaya membina rumah besar di kampung halaman hasil bekerja di Malaysia. Melihat daripada saiz rumahnya itu, kalau di Malaysia ia termasuk rumah untuk golongan T20!

Rata-rata netizen kagum dengan kerja-kerasnya sehingga mampu membina rumah dan membeli kereta. 

Mereka membandingkan rumah tersebut dengan rumah yang ada di Malaysia. Malah mereka mendakwa rakyat Malaysia sendiri tidak ramai yang mampu membina rumah sebesar itu. 

Menurut Subas, di negaranya susah untuk mendapat pinjaman membina atau membeli rumah. Jadi, dia membina rumahnya itu menggunakan wang tunai hasil kerja kerasnya di Malaysia.

“13 tahun kerja dapat buat rumah besar, tunai. Kita orang pinjaman 30 tahun dapat apartment je," tulis salah seorang netizen yang kagum.



Ada juga yang bertanya kenapa dia perlu balik kampung dan tidak terus bekerja di Malaysia. Menurut Subas, dia terpaksa balik kerana permit kerja sudah tamat. 

Melihat gambar-gambar dan video yang dikongsi, dia kemungkinan bekerja di bahagian dapur di sebuah restoran.

“Kenapa balik? Awak ada buat bisnes ke kat negara awak? Semoga berjaya bro,” tanyanya.



Agak-agaknya apa yang anda dapat daripada perkongsian ini? Pernah dengar peribahasa berbunyi sikit-sikit lama-lama jadi bukit? Atau hendak seribu daya tak mahu seribu dalih. 

Ia tentang kesungguhan, kesabaran dan kerajinan! Malah Subas bukan sahaja mampu membeli harta tetapi juga pandai berbahasa Melayu walaupun hanya berada di Malaysia selama 13 tahun! - KitaReporters


10
4
0
14
0

Copy Link: