Kesetiaan seekor anjing! Tetap temani tuannya yang disemadikan! Sehingga kurus kering, sakit kulit!
Published byZhongbao setia menemani tuannya di tanah perkuburan sepanjang tempoh dua tahun selepas tuannya meninggal dunia.
KASIH sayang dan kesetiaan haiwan terhadap tuannya adakalanya sehingga ke hujung usia, melebihi kasih sayang sesama manusia.
Begitulah kesetiaan seekor anjing di Wilayah Jiangxi, Shanghai, China terhadap tuannya, seorang wanita.
Setelah lama bersama, tuannya meninggal. Namun haiwan itu tetap ‘menemani’ tuannya di perkuburan sepanjang dua tahun setelah meninggal. Tidak pernah anjing itu meninggalkan kubur tersebut. Dia setia di sisi kubur di lereng bukit yang menjadi tempat kediamannya.
Dia hanya meninggalkan kubur itu seketika apabila turun ke kawasan kampung berhampiran mencari makanan. Anjing itu berhujan berpanas tanpa memperdulikan keadaan dirinya.
Kerana tempoh yang lama tanpa siapa menjaga atau memberi makan secara sempurna, serta tiada yang menjaga kesihatannya, anjing tersebut kurus kerana tidak cukup makan selain diserang penyakit kulit yang serius. Bulunya banyak gugur. Kakinya pula tempang.
Keadaan Zhongbao yang tempang dan sakit kulit ketika pertama kali ditemui oleh @ganpojiege di tanah perkuburan.
Tiada siapa peduli mengenai anjing tersebut sehinggalah penduduk kampung menyedari tabiat anjing itu yang saban masa berada di kubur dengan keadaan dirinya yang menyedihkan, sakit dan tidak terurus.
Ada penduduk yang cuba mengambilnya dengan bertujuan memelihara anjing tersebut tetapi anjing itu lari semula ke kubur tuannya.
Penduduk kemudian menghubungi pemilik pusat rawatan anjing terbiar, yang juga seorang pempengaruh dikenali @ganpojiege, memaklumkan mengenai anjing tersebut.
Dengan bantuan penduduk, pempengaruh tersebut menemui anjing berkenaan di sisi kubur tuannya dalam keadaan daif. Dia membawa balik anjing tersebut ke pusat rawatannya.
Anjing itu nampak menyukai pempengaruh berkenaan dan tidak cuba melarikan diri.
@ganpojiege merawat dan merawat Zhingbao sehingga sihat dan badannya tambah berisi.
Pempengaruh tersebut menjaga dan merawat anjing tersebut dengan rapi. Baru-baru ini pada 18 November 2024, dia menunjukkan keadaan anjing tersebut yang sudah sihat dan lebat bulunya, jauh berbeza dengan sebelum ini.
Ia diberi nama ‘Zhongbao’ atau ‘Loyal Baby’, sempena kesetiaan anjing itu kepada tuannya.
@ganpojiege memuat naik video menunjukkan keadaan
terkini anjing itu dan mendapat sanjungan serta pujian daripada pengikutnya, mencatat
lebih 85,000 ‘like’ serta ribuan komen positif.
Ketika mula-mula
mengambil anjing tersebut dahulu di perkuburan, pempengaruh tersebut ‘berjanji’
kepada tuan anjing itu akan selalu mambawa anjingnya melawat kuburnya. Itulah
yang dilakukan sekarang.
Ketika
pertama kali bersua itu, haiwan tersebut nampak jinak apabila @ganpojiege
cuba menyentuhnya. Namun sosej yag diberi dimakan dengan lahap, menampakkan
kelaparan yang amat sangat.
Pada peringkat awal @ganpojiege merawat, sakit kulit anjing itu yang bertambah baik menyerang semula. Pempengaruh itu kemudian membawanya ke sebuah klinik haiwan di Shanghai untuk rawatan. Selepas dua bulan penyakit itu pulih sepenuhnya.
Keadaan terkini Zhongbao, yang sihat segar dengan bulu tebal dan licin hasil jagaan teliti @ganpojiege.
Zhongbao kini tinggal bersama ratusan ekor anjing lain yang diselamatkan dan dipelihara di pusat jagaan milik @ganpojiege. Bulunya tebal dan licin.
Ramai menganggapnya sebagai ‘anjing baharu’. Mereka menyifatkan anjing tersebut sangat bertuah bertemu dengan seorang penjaga yang baik hati.
Mereka kagum dan terharu dengan kesetiaan anjing itu kepada tuannya yang telah tiada dan bangga kerana pempengaruh itu setia membawa anjing tersebut ke kubur tuannya. - KitaReporters