WANITA dan bidang penerbangan sering dikaitkan dengan kerjaya sebagai pramugari.

Kini situasi tersebut mula berubah apabila tugas sebagai juruterbang, jurutera dan koordinator pemulihan pesawat yang biasanya dimonopoli olehkaum lelaki mula mendapat tempat dalam kalangan wanita. 

Terbaharu, Etihad Airways mencipta sejarah penerbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila melantik seorang wanita muda sebagai kapten komersial wanita yang pertama di negara itu


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kehebatan wanita


Aisha al-Mansoori yang memulakan kerjaya dengan Etihad Airways sejak Oktober 2007 dipilih sebagai kapten pertama wanita UAE dalam syarikat penerbangan komersial di tanah airnya sendirinya.

Lebih membanggakan pelantikan wanita cantik yang berkhidmat selama 15 tahun dalam dunia penerbangan itu dibuat hanya beberapa hari sebelum negara itu meraikan Hari Wanita Emirati tahunannya pada 28 Ogos setiap tahun, yang bertujuan meraikan perjalanan negara dalam memperkasakan wanita.

Aisha pada masa sama melahirkan rasa syukur dengan peluang yang diberikan bagi dirinya mengembangkan kerjaya penerbangannya dengan Etihad Airways. 

Wanita itu melahirkan bangga dengan pelantikan sebagai wanita Emirati yang pertama menjadi kapten dalam syarikat penerbangan komersial, dan berharap  menjadi inspirasi kepada wanita muda untuk mengikuti laluan kerjaya tersebut.

“Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menyertai program Juruterbang Kadet Etihad dan mengembangkan kerjaya selama ini bersama Etihad.  

“Saya juga berterima kasih atas sokongan besar yang saya terima daripada para pengajar di Etihad dan atas bimbingan mereka melalui latihan yang telah membentuk kemahiran sehingga melayakkan diri sebagai  kapten,” katanya seperti dipetik thenasionalnews.com

Majlis kenaikan pangkat itu berlangsung di Pusat Taklimat Krew Etihad pada 24 Ogos 2022 lalu dengan kehadiran keluarga terdekat, rakan dalam komuniti perintis Etihad dan pengurusan kanan syarikat penerbangan terbabit.



Pada awal penyertaanya dalam kerjaya penerbangan tersebut Aisha adalah salah seorang daripada dua wanita UAE dalam kumpulannya.

Pada tahun 2010, Aisha berjaya menamatkan pengajian dan membuat penerbangan pertamanya dengan Airbus A320 ke Amman, Jordan.

Sejak itu, Aisha telah dinaikkan pangkat dan melengkapkan waktu penerbangan yang diperlukan untuk menjadi Pegawai Kanan Pertama.

Beliau ketika ini merupakan wanita pertama warga UAE yang menerbangkan pesawat penumpang superjumbo Airbus A380.

Kongsi wanita jelita berusia 33 tahun tersebut, bagi mendapatkan pangkat sebagai kapten dalam dunia penerbangan, dia perlu menyelesaikan program pemeriksaan ketat Etihad dan bilangan jam penerbangan wajib yang diperlukan untuk dipertimbangkan pangkat tersebut.

Beliau akhirnya berjaya lulus pengetahuan teori serta peperiksaan penerbangan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Am UAE dan secara rasmi menjadi kapten wanita Emirati yang pertama yang memegang Lesen Juruterbang Pengangkutan Udara di UAE.

Tahniah Aisha inilah lambang wanita hebat yang sebenar bukan sekadar ratu di rumah tetapi tetap gah di awan biru. - KitaReporters 


12
15
0
12
0

Copy Link: