'Pakai pelitup muka boleh kecilkan alat sulit'! Alasan langgar SOP Covid-19! Dont' play-play!
Published byPelbagai alasan digunakan untuk melepaskan diri daripada terikat dengan perintah atau peraturan. Daripada alasan yang munasabah, sehinggalah kepada alasan yang pelik tapi benar.
Baru-baru ini seorang lelaki di South Derbyshire, England telah ditegur kerana tidak mahu memakai pelitup muka apabila memasuki sebuah pasar raya.
Apabila ditanya mengapa beliau enggan berbuat demikian, beliau telah memberi alasan bahawa pelitup muka akan menyebabkan alat sulitnya mengecil, lapor akhbar Daily Star, pada 12 Jun 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penutup muka
Sama seperti di Malaysia, peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa di England adalah mewajibkan mana-mana individu untuk memakai pelitup muka sekiranya mahu memasuki pasar raya atau tempat-tempat tumpuan ramai.
Lebih memelikkan, lelaki berkenaan bukan sahaja enggan memakai pelitup muka kerana tidak mahu alat sulitnya kian mengecil, malah beliau turut menghasut orang ramai meniru tindakannya itu (tidak memakai pelitup muka).
Lelaki tersebut telah memberi amaran dan meminta kepada pelanggan lain agar segera membuka pelitup muka masing-masing agar alat sulit mereka tidak berlaku penurunan saiz.
Seperti yang berlaku di Malaysia, pihak berkuasa di England turut menghadapi kesukaran dalam mengurus sesetengah masyarakat yang enggan mengikut peraturan.
Pelbagai alasan yang tidak masuk akal diberikan semasa mereka ditahan dan disoal siasat ketika melakukan pelanggaran arahan bagi mencegah pandemik Covid-19 ini.
“Selain alasan pelitup muka mengecilkan alat sulit, polis juga menerima alasan seperti ia akan merendahkan tahap IQ atau kecerdasan otak seseorang.
“Sikap tidak bertanggungjawab ini amat menyedihkan dan menyusahkan banyak pihak. Pelitup muka masih wajib walaupun anda sudah melengkapkan dua dos vaksin kerana masih ada orang yang belum selesai proses vaksinasi mereka,” demikian menurut jurucakap Polis West Mercia.
Setakat hari ini, alasan pelik sebegini masih belum diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika melakukan penguatkuasaan ketidakpatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) di negara kita. - KitaReporters