UNTUKMU! TUDUNG BOKKITA BAGI FRONTLINERS
Published byMENYEDARI keperluan barisan hadapan terutama petugas wanita berhijab perlu sentiasa memastikan pakaian termasuk tudung dalam keadaan bersih mendorong tudung jenama Bokkita menyumbang keperluan berkenaan. : KitaReporter.
Menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebanyak 445 helai tudung jenama Bokitta yang bernilai RM17,355 telah disumbangkan kepada petugas di Hospital Sungai Buloh, baru-baru ini. - Kredit foto: Bokkita
Menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebanyak 445 helai tudung jenama Bokitta yang bernilai RM17, 355 telah disumbangkan kepada petugas di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Sumbangan ikhlas berkenaan disampaikan oleh Pengarah Urusan A&A Empire Sdn Bhd, Ayu Roslan dan Ketua Pegawai Operasi, Aniza Shahadan yang mewakili Bokkita.
“Hari ini sumbangan berkenaan diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Hospital Sungai Buloh, Shahrina Abd Samad.
"Kami mewakili Bokitta Malaysia hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada pihak hospital.
“Terima kasih kepada Pengasas Bokitta, Mubde
Absi di atas keprihatinan beliau terhadap petugas barisan hadapan di Malaysia,” katanya
menerusi satu kenyataan, baru-baru ini.
Bokkita berharap sumbangan tersebut bukan sahaja memudahkan petugas barisan hadapan tetapi meneruskan tugas dalam keadaan yang lebih selesa dan sempurna.
Ayu menambah, Bokitta berharap sumbangan tersebut dapat memudahkan urusan petugas-petugas di hospital untuk terus berjuang biarpun menyedari risiko itu.
Malah, tetap menjalankan tugas sebaik mungkin untuk memastikan pesakit mendapat rawatan terbaik.
Tambahnya, ia bersesuaian
dengan konsep Bokitta yang merupakan produk hijab instant yang memberi
kemudahan dan keselesaan kepada pemakai.
SUMBANGAN ikhlas berkenaan disampaikan oleh Pengarah Urusan A&A Empire Sdn Bhd, Ayu Roslan dan Ketua Pegawai Operasi, Aniza Shahadan yang mewakili Bokkita.
Bokitta merupakan hijab instant kontemporari yang berasal dari Beirut, Lebanon dan telah mendapat hak paten dari Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) pada tahun 2010 dan diiktiraf di 144 negara seluruh dunia.
Bokitta membawa inovasi kreatif tudung instant tanpa pin yang memberi keselesaan kepada pemakai yang mahu lari dari konsep tudung berpin yang remeh dan mengambil masa yang lama untuk dipakai. - KitaReporter