DESTEY Ayu Retriyansyah mencium muka ibunya yang sudah meninggal dunia selepas suaminya melafaz akad nikah di rumahnya pada 1 Julai 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


TULAR video dalam media sosial, seorang wanita melangsungkan upacara pernikahannya bersama pasangan lelaki di sisi jenazah ibunya dan ia sebagai membuktikan gadis berkenaan mengikut pesan kemahuan arwah ibunya semasa hayatnya supaya anaknya melangsungkan perkahwinan secepat mungkin

Kisah itu dipaparkan dalam akaun TikTok @dstrayu dan kejadian itu berlaku pada 1 Julai 2021 lalu di Palembang, Sumatera Selatan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pernikahan

DESTEY Retriyansyah bersanding bersama suaminya. - Kredit foto: Tribunnews.com


Wanita itu, Dester Ayu Retriyansyah, 24, merungkaikan perkara itu umpama mimpi dalam mimpi kerana dia melakukan upacara akad nikahnya di sisi jenazah ibunya. 

Dester berkata, ibunya meninggal dunia pada 30 Jun 2021 lalu di Hospital Jakarta akibat sakit jantung dan arwah ibunya menghidapi sakit berkenaan sejak Januari 2021.

Menurutnya, perkahwinannya yang sepatutnya dijadualkan pada 11 Julai 2021 terpaksa diadakan pada 1 Julai 2021 kerana semasa hayat arwah ibunya selalu berpesan supaya Dester melangsungkan pernikahannya dengan bakal suaminya dalam masa yang terdekat ini iaitu sebelum ibunya meninggal dunia.


DESTEY Ayu Retriyansyah, yang berada di depan jenazah ibunya, memerhati suaminya melafaz akad nikah bersama jurunikah. - Kredit foto: Suara.com


``Untuk proses majlis akad nikah di sisi jenazah mama bagaikan seolah-olah mama meraikan bersama saya pada pernikahan kami pada malam berbahagia itu dan ia dilakukan sebegitu adalah hasil persetujuan kedua-dua pihak keluarga.

``Akad nikah di sisi arwah mama adalah semuanya terjadi bagaikan dalam mimpi kerana sebelum ini kami tidak terfikir pun dan semoga mama tenang di sisi Allah,’’ katanya kepada Tribunnews.com pada Jumaat 9 Julai 2021.


DESTEY dengan wajah yang sedih bersama suaminya menatap wajah ibunya (dikaburkan dengan dakwat hitam). - Kredit foto: Tribunnews.com



Pernikahan mereka dilangsungkan sebaik sahaja jenazah ibunya yang dibawa pulang dari hospital itu tiba di rumahnya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan

Dester memberitahu, penikahannya yang diadakan secara tergesa-gesa itu kerana mengikut adat resam masyarakatnya sekiranya ada anggota keluarga yang meninggal dunia, maka majlis pernikahan sepatutnya dilangsungkan secepat mungkin ataupun tertangguh sampai setahun.

Lagipun, katanya, arwah ibunya sentiasa meminta pernikahan mereka agar  dipercepatkan. ``Jadi kami langsungkan akad nikah pada malam itu sebelum jenazah mama dikebumikan,’’ ujarnya.


DESTEY (kanan) bersama arwah ibunya. - Kredit foto: Tribunnews.com


Dester mengakui, walaupun dirinya merasa bahagia selepas selesai pernikahannya dengan suaminya tetapi dalam masa yang sama dia merasa sedih telah kehilangan ibu yang tersayang.

Tangisannya yang tidak terbendung selepas suaminya melafaz akad nikah kepada Dester di depan jenazah ibunya yang disaksikan oleh ahli keluarga  terdekat. 

Dengan linangan air mata, Dester mencium wajah ibunya yang tubuhnya terbunjur kaku sambil dia berbisik seolah-olah berkata, ``mama aku sudah tunai hajatmu kerana aku sudah siap menikah.

``Insya-Allah mama sudah tenang kerana memang permintaan dia (mama) yang terakhir. Saya menikah dipercepat dengan pasangan suami saya. 

``Alhamdulillah, mama dari awal lagi sudah setuju sangat saya sama dia (suami),’’ ujar Dester lagi.- KitaReporters


DESTEY meratap kesedihan di pusara ibunya yang dikebumikan di tanah perkuburan selepas selesai majlis perkahwinannya. - Kredit foto: Tribunnews.com

3
1
9
0
3

Copy Link: