SEORANG wanita berusia 36 tahun di Amerika Syarikat (AS) muncul anti-mainstream dengan mempunyai janggut seperti lelaki dan menjaganya dengan baik. Uniknya, penampilannya membuat dia mendapat banyak tawaran berdating (kencan) dengan kaum lelaki.

Wanita ini tidak menyatakan nama sebenarnya, namun popular dalam TikTok dengan nama akaun @PeakabooPumpkin. Sejak muncul dengan gaya uniknya, wanita ini mendapat lebih 54,000 pengikut dalam  media sosial.

Pengguna akaun @PeekabooPumpkin mengatakan ramai lelaki terpikat dengan janggutnya sehingga dia terus-menerus diajak berkencan.

Dalam tempoh singkat, dia berjaya menjadi influencer (pensohor media sosial) dan membuka akaun OnlyFans untuk melayani para lelaki yang mempunyai obsesi fetisy (fetish) bulu wajah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkara-perkara pelik

/

Walaupun mempunyai janggut wanita ini bangga mempunyai kelebihan ini. - Kredit foto: TikTok @PeekabooPumpkin

Melalui akaun OnlyFans, dia memperoleh pendapatan USD$12 ribu (kira-kira RM48 ribu) sebulan, dengan menyiarkan foto dan video wajahnya yang berjanggut.

BBW [wanita cantik besar] berbulu. Real Bearded Freak,” bunyi keterangan biodata akaun OnlyFans-nya, yang dpetik oleh New York Post pada Jumaat, 22 Oktober 2021.

Wanita ini mengatakan kepada pengikutnya dalam TikTok bahawa dia memerlukan kerja keras untuk belajar mencintai bulu yang tumbuh pada dagunya.



Pengguna akaun @PeekabooPumpkin ini mengatakan dia mengalami sindrom ovarium polikistik (PCOS), yang  membuat sejumlah wanita mengalami pertumbuhan bulu tubuh dan wajah yang tidak normal kerana peningkatan kadar testosteron.

Keadaan kesihatannya tidak membuat dia sedih, sebaliknya  influencer ini sekarang tanpa menyesal mempamerkan bulu wajahnya.

Sebuah video baru-baru ini menunjukkannya dalam baju-T yang bertuliskan slogan: “Apa yang membuat anda berbeza membuat anda cantik".

Menjawab pertanyaan nakal daripada sejumlah lelaki, wanita ini menyatakan dia enggan berkencan dengan lelaki dan bahagia sudah mempunyai pasangan hidup.

Tambahnya, janggutnya tidak pernah menjadi masalah dengan bosnya, kerana  dia bekerja di persekitaran syarikat yang sangat profesional. - KitaReporters


10
11
0
16
0

Copy Link: