Dah boleh buat umrah mulai 4 Okt! Warga asing mulai 1 Nov!
Published byKredit foto: Twitter Haramain Sharifain @hsharifain
Lagi cerita-cerita berkaitan haji dan umrah:
https://kitareporters.com/search?search=haji
Perkara itu telah diumum oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi setelah melihat perkembangan semasa wabak Covid-19 dan kehendak masyarakat Islam dunia yang ingin mengerjakan ibadat umrah.
Apa yang dapat dipastikan jemaah umrah perlu dipastikan bebas Covid-19 di negara asal dan perlu menjalani kuarantin wajib sebelum berangkat ke Arab Saudi dan setibanya di Arab Saudi.
Difahamkan, jumlah jemaah umrah akan ditingkatkan secara bertahap dari 6,000 menjadi 20,000 sehari. Jumlah jemaah 6.000 sehari setara dengan 30 peratus daripada kapasiti normal.
KapasitI akan dinaikkan menjadi 40,000 jemaah sehari pada 18 Oktober 2020.
Selain itu, jemaah umrah diminta menerapkan protokol kesihatan seperti memakai pelitup muka, penjarakan sosial dan membatasi kontak fizikal.
Kerajaan Arab Saudi mengatakan sekatan umrah akan ditamatkan apabila pandemik Covid-19 sudah hilang.
Sebenarnya permulaan semula ibadat umrah dilakukan tiga bulan lebih awal.
Pada mulanya pembukaan ibadat itu dijangka bermula pada Januari 2021. Namun ia dipercepatkan setelah sterealisasi dilakukan di sekitar Baitullah dan tempat penginapan, restoran serta pusat beli belah.
Dan yang paling penting Arab Saudi ingin menghidupkan kembali bidang ekonomi di negara itu yang teruk terjejas ekoran pandemik Covid-19. - KitaReporters