ARCHIE Harrison Mountbatten-Windsor menjadikan Putera Harry dan Meghan Markle mendapat gelaran mama dan papa, kemudian kehadiran puteri Lilibet melengkapkan kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga. 

Selamat datang ke 'dunia baru' itulah gambaran yang mahu diumumkan kepada dunia, bila pewaris takhta kerajaan Britain, Putera Harry dan isterinya pelakon Hollywood, Meghan Markle dengan gembiranya mengutuskan kad Hari Krismas 2021 ini dengan bersertakan gambar mereka berempat.

Dan inilah buat pertama kalinya sejak Lilibet Diana Mountbatten-Windsor dilahirkan pada 4 Jun 2021 lalu gambarnya disiarkan dalam media seluruh dunia untuk tontonan jutaan yang tidak sabar menunggu kemunculan puteri kedua Putera Harry dan Megan dan cucu mendiang Puteri Diana Spencer.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Putera Harry



Meghan dan Harry dalam Instagram Archewell memberitahu, hidup mereka jauh berbeza sejak dua tahun lalu apabila kedatangan anak sulung dan kini Lilibet atau Lili sebagai penyeri keluarga.

Apa tidaknya, Januari tahun lalu (2020) mereka berdepan konflik dengan media Britain dan kemuncaknya, keputusan pasangan itu melepaskan jawatan kerabat diraja bekerja dan berhijrah ke California untuk berdikari. 

Malah satu sebab menjadi Meghan merajuk kerana ada pihak mempertikaikan darjat warna kulit anaknya dan melalui kehidupan penuh protokol diraja menyebabkan dia hampir kemurungan seperti mentuanya, Lady Diana.

Meghan bagaikan tidak percaya masa begitu cepat berlalu dan Archie semakin meningkat usia kanak-kanaknya. 

"Tengoklah pada warna rambutnya yang merah dan berombak. Memang dia mewarisi warna rambut daripada bapanya dan ibunya. Dan Lili, si manis tuan puteri, sangat cantik dan kami sangat bahagia serta damai," katanya.



Meghan berkata, tahun 2021 mereka meraikan kehadiran Lilibet di dunia dan tahun depan (2022) mereka sudah lengkap membentuk satu keluarga dan sebagai sambutan Krismas tahun ini, pasangan itu juga turut menamakan badan yang menerima sumbangan derma dari mereka.

Ini termasuk pertubuhan yang bertanggungjawab memperjuangkan nasib keluarga yang terbabit dalam perang di Afghanistan sehingga kempen memberi cuti bersalin berbayar kepada keluarga Amerika.

Sebelum ini Meghan menerbitkan buku kanak-kanak yang diberi nama The Bench yang meletup di pasaran dan kini Meghan giat mempromosikan buku berkenaan dengan memuat naik bacaan tentang buku berkenaan dalam siri bacaan buku cerita Brightly Storytime @ReadBrightly.

@ReadBrightly adalah satu program yang dilancarkan oleh Penguin Random House Company, penerbit buku Duchess Meghan dan memoir Putera Harry yang dijangka siap pada tahun depan (2022).

Dalam satu kenyataan @readbrightly: “Kami sangat teruja apabila Meghan mengadakan episod khas Brightly Storytime! mengenai buku kanak-kanaknya, The Bench, satu kisah yang poetik yang merakamkan hubungan luar biasa antara seorang ayah dan anak dari sudut pandangan mata seorang ibu. 

Buku itu khusus untuk Harry dan Archie.




Tahun 2021 ini, pasangan itu selalunya kena ikut protokol diraja untuk mengedarkan kad perayaan itu pada 23 Disember setiap tahun tapi kali ini kad itu diedarkan lebih awal kerana mereka tidak lagi di bawah pentadbiran istana. 

Dan dalam poskad itu kelihatan Lilibet dalam suasana gembira apabila kelihatan sedang tergelak apabila diacah oleh ibunya dan Harry di sebelahnya tersenyum. Gambar itu dirakamkan oleh Alexi Lubomirski.

Enam bulan lalu Meghan melahirkan Lilibet di Hospital Santa Barbara hospital dan dinamakan sempena moyang Lilibet, Ratu Elizabeth II. - KitaReporters


20
13
0
9
0

Copy Link: